Pengenalan
Apakah batuk kering?
Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan
kuman 'tubercle bacilli'. Ia disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang
mempunyai kuman yang aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti.
Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit.
Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai 'pulmonary
tuberculosis'. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti
batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta
pesakit maut. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering direkodkan di
Malaysia dan 966 dari padanya maut.
Tanda dan Gejala
Tanda dan Gejala
Apakah gejala batuk kering?
- Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
- Batuk berdarah
- Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
- Hilang selera makan atau turun berat badan
- Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
- Mudah letih dan lemah
Apakah perlu saya lakukan sekiranya mempunyai
tanda-tanda dan gejala tersebut?
Sekiranya ada, anda perlu dapatkan pemeriksaan:
Sekiranya ada, anda perlu dapatkan pemeriksaan:
- Ujian kahak yang dilakukan di klinik kesihatan atau
hospital
- X-ray dada
Pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering
terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
Komplikasi
Komplikasi
Adakah batuk kering
merbahaya?
Sekiranya tidak dikesan, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Rawatan
Adakah batuk kering boleh sembuh dan apa rawatannya?
Ya, ia boleh sembuh. Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan sistem DOTS (Directly Observed Treatment Short course)yang diiktiraf oleh World Health Organization. Ia bermaksud ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu.

- Rawatan perlu diambil selama 6 bulan
- Ubat hendaklah diambil dibawah pengawasan petugas
kesihatan terlatih sepanjang rawatan
- Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali
seminggu selama 4 bulan
- Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit dapat
sembuh
Pencegahan
Bagaimana saya boleh mencegah batuk kering?
Terdapat beberapa cara pencegahan:
Bagaimana saya boleh mencegah batuk kering?
Terdapat beberapa cara pencegahan:
i.
Suntikan BCG dapat
melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan
murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
- Mendapat
rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
- Ahli
keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat
pemeriksaan lanjut.
- Pastikan
rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh
bakteria di udara.
- Membuka
tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik
- Amalkan
gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
Kumpulan sokongan
- Sila rujuk pejabat kesihatan terdekat untuk sebarang
pertanyaan
- The Malaysian Association for The Prevention of TB
(MAPTB) atau Persatuan TB Tempatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan