Pengikut Terbaik!

31 Oktober 2011

Bingung

Semalam,

aku mimpi sesuatu yang sangat pelik,

mimpi yang agak mustahil untuk aku lakukan,

walaupun orang kata, mimpi itu mainan tidur..

namun mimpi yang ini, mimpi yang menjadi tanya tanya selepas tidur..

andai aku mampu mentafsir maksudnya..

kalau yang dimimpikan itu benar-benar terjadi,

ku terima dengan seluas-luasnya hati yang ikhlas..

tetapi mesti banyak dugaan yang aku tempuhi untuk ke arah itu..

mungkin mimpi itu..

terhasil oleh kehendak jiwa,

namun terbantut disebabkan realiti kehidupanku sekarang..

semoga persoalan ini terjawab suatu hari nanti..

dengan kebahagian dalam kehidupan..

Penyambung Ilmu

Cikguku,
Aku penyambung ilmumu yang gemar bermadah,
Merungkai monolog yang sarat sejuta makna,
Inginku selam lautan ilmumu,
Agarku tahu erti jerih perih pengorbananmu untuk itu.


Cikguku,
Ketika aku kaku menerima cahaya keilmuanmu,
Kau pikat hatiku dengan kelincahan alunan bahasamu,
Kau robek jiwa gelapku,
Kau ganti dengan jiwa kehausan ilmu.


Kini,
Kujejaki lantai bumi yang pernah menjadi impian,
Kini,
Aku bukan lagi pelarian dalam kehidupanku sendiri,
Kukumpulkan,
Kukautkan segala kekuatan dan semangatku,
Kucuba meniti laluan yang pernah kau jejaki dahulu.


Cikguku,
Andai suatu hari namamu tidak lagi kuingati,
Serpihan memori tentangmu tetap terlekat di dasar ingatanku,
Untuk selamanya.


Terima kasih cikgu,
Kau pelita penerang jiwa bangsa.

29 Oktober 2011

Twinkle Twinkle Little Star...tidurkanlah aku..=)


Bini-Biniku Gangster


Tikus yang comel..hahah!


321 cinta


Nak kejutan sebegini!!


Girls dont know..huhu..but i know..


If_taeyon


Lagu yang sangat bermakna dalam hidup aku


lonely



Wahai hati...
mengapa kau sering ingin menangis....
hmm..
apa yang kau rasa kurang sebenarnya???

23 Oktober 2011

GAGAH BERANI

Alang-alang dah terbangun pagi buta ni...aku nak senaraikan kriteria CALON SUAMI yang aku idam-idamkan sangat...

1. CARING itu sudah tentulah..hehe
2. Nak yang ROMANTIK..
3. sudah tentu nak suami yang BAIK kan....
4. jaga hubungannya dengan Tuhan...

sebenarnya yang paling penting aku nak tekankan di sini....

Aku nak suami yang GAGAH BERANI....!!!!

tau tak kenapa???

sebab aku baru jer terbangun gara-gara LIPAS merayap kat aku...
sekarang tak dapat tidur dah!
macam mana niiiiii?????arghhhh!

kalo ada suami yang GAGAH BERANI yang TAK TAKUT dengan LIPAS...senangla hidup aku nanti ..dapat tidur dengan tenang,,,,,,,

take note yea....

aku nak suami yang GAGAH BERANI bunuh lipas!!!!

heehehe


22 Oktober 2011

LOVE ME,LOVE MYSELF



mummy,daddy, sister, and brother..

SO MUCH!!!

Mata melihat, otak mentafsir, hati menginsafi..

Kebelakangan ini, ku asyik melihat, pelbagai jenayah berlaku dalam kalangan remaja..aku juga mungkin masih dikategorikan sebagai golongan kanak-kanak  remaja...mungkin, atau aku sudah boleh dikatakan sebagai orang dewasa..maklumlah umur hampir menjelang 22 tahun..

maaf, siaran tergendala.aku melalut tak tentu pasal...

kembali ke laptop topik asal..

aku kesal dan sedih sangat dengan sikap segelintir remaja yang semakin rapuh dan robek nilai moralnya..kini semakin ramai yang tiada nilai estetikanya lagi..ingin rasa hati nak jadi penceramah tak bertauliah kepada golongan ini..tetapi kalau setakat ilmu nipis di dada..tak perlu berniat nak jadi penceramah..cukup bermuhasabah diri sendiri dan menasihati orang-orang yang dikenali pun jadilah...

BAYI DIBUANG DARI TINGKAT 8 KONDOMINIUM


BAYI DIKELAR OLEH IBU SENDIRI


MAYAT BAYI DIJUMPAI DI TONG SAMPAH


MAYAT BAYI DALAM BEG

BAYI..

BAYI...

BAYI..

BAYI...


kenapa bayi yang jadi mangsa akibat perbuatan terkutuk diri sendiri???


REMAJA BERDUA-DUAAN DALAM KERETA..


REMAJA KETAGIH SEKS..


REMAJA MENGANDUNG LUAR NIKAH


REMAJA BUANG ANAK DARI TINGKAP


REMAJA GUGURKAN KANDUNGAN


REMAJA MEREMPIT


REMAJA KETAGIH GAM


REMAJA BUNUH DIRI
..
..
..
..

dan kenapa harus pelakunya adalah REMAJA..


semasa menulis entry ini pun..aku rasa nak menangis mengenangkan semua ini..

adakah bumi ini sudah terlalu tua dan tidak mampu menghalang semua ini dari terus berlaku..??
adakah kekurangan kelas Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam di sekolah??
adakah perhatian yang berkurangan daripada ibubapa yang bertungkus lumus mencari nafkah??
atau...
adakah kebusukan dan kebasian hati diri sendiri punca sebenar...?


mengeluh...

diri sendiri pun tidak pasti persoalan dan jawapan yang sebenar..

andai kata titik persoalan sebenar diketahui..

sudah tentu permasalahan dan segala kekotoran ini tidak terus-terusan menampilkan diri di mata masyarakat dan juga di dada-dada akhbar..menyebabkan kepercayaan masyarakat kepada golongan remaja semakin menurun dan mungkin akan menjadi SIFAR tidak lama lagi..

bukankah remaja masa kini..
yang akan memimpin negara masa akan datang??
..
..
..

segala yang berlaku buat aku menginsafi diri sendiri..

berfikir..

sejauh mana sumbangan aku dalam memartabatkan kaum remaja..?

sejauh mana aku mengelak dari melakukan sebarang 'kekotoran' jiwa dan perlakuan..?

sejauh mana aku berfungsi sebagai bakal guru yang masih dalam lingkungan remaja..?

sejauh mana aku mencintai diri aku sendiri sebelum aku mampu mencintai orang lain..?
..
..

aku cuba bermuhasabah diri..

tetapi..
syukur kepada Tuhan..
dengan izinnya..
sehingga kini..
aku tidak mencemar nama ibubapaku..
semoga diriku terus begini sampai bila-bila...
kuatkan imanku ya Tuhan..
agar tidak melakukan sesuatu yang engkau mungkari..
dan tidak membuatkan ibubapaku minitiskan air mata kekecewaan kerana aku..
..
..
..

ku titipkan PESAN buat golongan remaja di luar sana..

sama ada yang pernah melakukan 'KEKOTORAN' mahupun berjaya membendung daripada berlaku 'KEKOTORAN'

1) Sebelum melakukan sesuatu, fikirlah sehingga semasak-masaknya, sehangus-hangusnya..kerana bila sudah menjadi bubur, kita tak boleh jadikan bubur itu nasi semula..

2) Sebelum melakukan sesuatu, tataplah potret keluargamu sepuas-puasnya...harapan, agar keluarlah sebuah 'magic' kasih sayang dari potret tersebut yang mampu menyelamatkanmu daripada melakukan sesuatu yang tidak betul..

3) Sebelum melakukan sesuatu, pergilah ke kawasan perkuburan..bayangkan apa yang kau akan lalui setelah kau menjadi penghuni tetap di situ nanti.

4) Sebelum melakukan sesuatu, peluklah dirimu sendiri sekuat hati sambil menghadap cermin besar..lihatlah refleksi dirimu ketika itu..dan katakan..'AKU SANGAT SAYANG AKAN DIRIKU'..kemudian, lihatlah..sama ada sesuatu yang tidak betul itu masih juga ingin kau lakukan..

setelah melakukan semua seperti yang aku pesan..buatlah keputusan untuk dirimu..

ku juga punya adik..
yang juga remaja sepertiku..
dan aku sangat menyayangi mereka..

ingatan tulus ikhlas dari aku..

insan remaja yang prihatin...

tegurlah aku andai aku remaja yang melakukan kesilapan..


17 Oktober 2011

Aduh Isteriku

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. 

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. 

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. 

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. 

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. 

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!! 

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. 

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis. 

PANGGG!! 

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... 

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! 

Sekian. 

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG....... 

petikan..

kerana aku tahu aku tak sehebat wanita yang kau inginkan..maka, harusnya aku menjauh agar tidak mengharap apa-apa daripadamu..

15 Oktober 2011

Sehari Bersama Pesakit Kanak-Kanak di Wad Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak

9 Oktober 2011

Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Kolej Za'Ba mengadakan rombongan lawatan ke wad pediatrik..melawat pesakit kanak-kanak di situ..walau diri ini  tidak mampu untuk mengurangkan kesakitan yang dirasai oleh mereka..namun serba sedikit mampu menciptakan barang secebis senyuman di wajah mereka...kasihan melihat tubuh-tubuh kecil sudah mula 'didatangi' dengan jarum-jarum berbisa yang mendatangkan kesakitan ke segenap tubuh...tiba-tiba rasa kasih ini meluap-luap di segenap aliran darah di tubuh apabila melihat wajah-wajah comel yang masih mampu tersenyum biarpun dalam kesakitan...semoga cepat sembuh ye adik-adikku sayang...


gambar atas dan bawah...perasan tak..dimana ada kathy..disitu ada saya..haha..








budak baju merah ni malu dengan kami..haha..kami kononnya nak kongsi nasi lemak tu dengan dia...haha...


 haishh...siapalah yang halang view cantik ni...ni tengah pegang tangan baby kecil yang comel tau..

 tekun dengar taklimat ringkas...





 adik nak gula-gula...hehehhe

 khairun yang sweet dengan budak-budak...

 kathy yang prihatin...



lenanya dia...rasa nak cium-cium jer...

sekian, entry kali ini..

jumpa lagi di aktiviti akan datang... 

14 Oktober 2011

bersalah

rintihan seorang sahabat yang memerlukan kehadiran sahabat disisinya membuatkan aku rasa bersalah kerana aku seperti mengabaikannya...ku rasa aku telah mementingkan diri sendiri...hinanya diri ini untuk menggelarkan diri sebagai sahabat kepada seseorang sedangkan kewajipan sebagai sahabat tidak dilaksanakan...maafkan aku sahabatku yang sering kesepian...maafkan aku..
kerana apa yang terjadi itu di luar lingkaran kemampuan kita..maafkan aku di atas keterlanjuran perbuatanku...

no title

kerana ku manusia yang tidak sempurna mana..maka terguris hati dan perasaan saat orang yang dekat di hati mengeluarkan kata-kata yang mencarik dinding jiwa..dan menghempas lantai hati...

08 Oktober 2011

ajal itu bila-bila masa

Petang ini, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang bekas anak muridku yang kini sepatutnya berada di tahun  6. Arwah pergi menghadap Ilahi subuh tadi...terkesima,terpana...sedih..dan menitiskan air mata..semua ada..

Arwah memang seorang murid yang sangat baik..senyap je dalam kelas,,tak buat bising pun...wajah yang cantik dan putih mulus serta senyuman yang sering diukir di bibirnya..membuatkan semua orang sangat senang dengannya...malah, aku sendiri juga sangat senang dengannya...Semoga arwah dicucuri rahmat-Nya..dan yang pasti..tempatnya pasti di sisi Tuhan..kita yang masih hidup ni saja yang tak tahu dimana letaknya kita nanti...membuatkanku rasa takut memikirkan ajalku..ku tau,ajal itu tidak boleh di'postpone' atau apa2 pun..Ya Tuhan,ku memohon padaMu...panjangkanlah umurku Ya Tuhan...agar ku mampu memohon segala keampunan daripadaMu Ya Tuhan...memohon ampun kepada semua insan yang pernah ku lukai hatinya mahupun fizikalnya..serta memohon ampun kepada kedua orang tuaku yang amat ku sayangi..berikanku peluang untuk membetulkan segala kesilapanku selama ini...

ku berada dalam keadaan sedar diri ketika ini...betapa ajal itu tidak mengira siapa kita..cantik,berkuasa,kecil,besar,tua muda....semuanya atas kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa....

05 Oktober 2011

Jejak Ramadhan di Rumah Jagaan Anak-Anak Yatim Ummu Sofiah, Taiping Perak

Program ni diadakan tahun lepas..namun entry baru dibuat semester ini..haha..



 anak kecil bertudung hijau itu baru berusia 5 tahun..walau tiada orang tua..masih tersenyum..namun,dihati tiada siapa yang tahu..




bergotong-royong membersihkan dewan mereka yang baru mengalami banjir..

 aishh..sempat lagi budak dua orang ni amik gambar yee...ahahaha!

 pintu masuk ke dewan makan




rumah perlindungan mereka..






ruangan tempat kami menginap..











 pandai jer budak ni pegang handphone kakak tu..hehe

 kakak..kakak buat apa tuu??hehehhe

 mereka memeluk saya!!!saya membalasnya dengan penuh kasih sayang...=)







Penaung rumah jagaan ini..merupakan 'ibu' kepada kanak-kanak disini.. 














andai ada umur yang panjang..kita akan berjumpa lagi dik..sehingga ke detik pertemuan itu..jalanilah hidupmu dengan sepenuhnya dan semoga berjaya dan bahagia di hari-hari mendatang..

Rumah Orang-Orang Tua, Tanjung Rambutan

Program ni kami dah buat sejak tahun lepas lagi..baru nak buat entry selepas setahun berlalu..hahhaa..lambat macam siput...tau tak sebab apa saya tiba-tiba nak buat entry pasal ni?? sebab saya rindu sangat kat warga emas yang ada di situ...masih terbayang lagi wajah-wajah mereka di kotak fikiran saya...

 kita main puzzle tau..hehehe

 maaf..dua orang berbaju oren tu bukan warga rumah orang tua ni..hahah..tu kawan saya..

 atuk yang masih macho lagi..haha..=)

 'anak angkat' yang setia menemani..memandangkan anak kandung kini tidak sudi menerima lagi..

 lihatlah!! nenek pun pandai buat 'peace' comel sungguh!!



 ni bukan warga emas masa sekarang tau..ni warga emas akan datang....Ya Tuhan, semoga  generasiku tidak meninggalkanku di tempat-seperti ini...


surau







 ayat-ayat ini sangat menyentuh perasaan




mereka tidak ingin berada di sini..namun apakan daya....di wajah mereka..terpancar kesayuan yang tidak semua akan mengerti..



pesanan buat generasi masa kini:

peliharalah orang tua mu sebaik mungkin..
jangan dibuang seperti mereka tiada perasaan..
ingatlah ..
tanpa mereka..
kamu tidak wujud di dunia yang penuh kemewahan ini...
dan jika kamu membuang mereka,,
kamu tunggu dan lihat...
anak cucu kamu akan turut membuang kamu apabila kamu tua nanti...
sayangilah orang tua kamu sepenuh hati 
seperti orang tua kamu mencurahkan kasih 
yang tidak pernah berkurangan ketika membesarkan kamu...