Pengikut Terbaik!

31 Oktober 2010

Akan Tersenyum Untukmu

Cahaya  kelam  bila  kau  pergi,
Kurasa  seperti  matahari  tidak  akan terbit  lagi,
Ku  seolah  tidak  mampu  berdiri ,
Sakitnya  dalam  hati  tiada  siapa  yang  mengerti ,
Namun   sakit ini  tidak  bermakna..
Tidak  seperti  yang  kau  rasa ,
Maafkan  aku ,
Kerana  masih  menangisimu,
Perasaan  yang  satu  itu  masih  menghantui,
Perasaan..
Membiarkanmu  menangis  sendirian,
Perasaan..
Membiarkanmu  berkata –kata  sendirian,
Perasaan..
Membiarkanmu  merintih  sendirian,
Perasaan..
Membiarkanmu  kesakitan  sendirian,
Dan..
Sesuatu  itu  juga  masih  berputar,
Sesuatu  yang  pernah  kita  jalani  bersama,
Sesuatu  yang  pernah  kita  kongsi  bersama,
Sesuatu  yang  pernah  kita  ketawakan  bersama ,
Tetapi  sesuatu  yang  kau  biarkan  aku  lakukan  sendirian..,
Dan,
Sesuatu  itu,
Ku  menangis  tanpamu,
Yang  menangis  keranamu,
Ku  tahu ,
Ku  tidak   harus  terus  begini,
Kerana  ini  akan  melumpuhkan  aku...
Dan  aku  juga tahu,
Kepergianmu  adalah  yang  terbaik  untuk  dirimu ,
Walaupun  menyakitkan  bagi  hati –hati  yang kau tinggalkan,
Dan  aku  akan  cuba..
Akan  terus  tersenyum ,

Akan  tersenyum  untukmu..

Aku Tiada Pilihan

Aku tiada pilihan,
Selain terpaksa mendengar degupan jantungku,
Aku tiada pilihan,
Selain menunaikan janji-janjiku,
Aku tak tahu,
Sejak bila aku tak gemar ketawa lagi,
Namun, hanya aku,
Dapat menggembirakan diriku,
Aku tak ingin mencabangkan sumpahku,
Untuk berundur kembali kepada aku yang dulu,
Tangga di depanku sentiasa menanti,
Untuk kulangkah satu-persatu,
Ya...
Aku akan terus ke hadapan...

Bolehkah Aku Menangis??

Bolehkah aku menangis ?
Andai aku berkecil hati ?
Bolehkah aku menangis ?
Andai ada sesuatu yang berbekas di hati ?
Bolehkah aku menangis ?
Apabila aku tak mampu meluahkan lagi ?
Bolehkah aku menangis ?
Apabila aku merasa seperti tidak dihargai ?
Bolehkah aku menangis ?
Apabila aku merasa seperti tidak disayangi ?
Bolehkah aku menangis ?
Apabila hati ini terasa sakit yang teramat sangat ?
Bolehkah aku menangis ?
Apabila aku terkaku di sini tanpa ada siapa yang membantu?
Bolehkah aku menangis ?
Apabila tiada siapa yang memahamiku ?
Bolehkah aku menangis ?
Apabila aku menyedari perubahan kasih kamu?
Bolehkah aku menangis ?
Apabila aku letih menghadapi segalanya ?
Bolehkah aku menangis ?
Apabila semuanya sudah kuluahkan ?
Bolehkah aku menangis ?