Salam sejahtera..
saat ini..aku berada di dalam kelas terakhirku buat semester ini...kelas sepatutnya pukul 8 hingga 10 pagi..tapi pensyarah belum masuk lagi buat masa ini..memberikan aku peluang untuk melakar coretan di sini..hehehhee... antara sedar dengan tidak,.semester 5 sudah sampai ke penghujungnya..semester ini berlalu dengan cepat..mungkin kerana aku tenggelam dalam assignment yang bertimbun-timbun..banyak perkara yang berlaku sepanjang aku menjalani semester 5 ini..ada yang pahit dan ada yang manis..walau apapun..aku terima semua itu dengan tabah..semua yang berlaku ada alasannya yang tersendiri...dan semuanya mungkin berpunca daripada kekhilafan aku sendiri...
semester 5 ini juga..banyak perkara yang aku sedari..terutamanya dari segi SAHABAT..siapa yang ikhlas bersahabat dengan aku..dan siapa yang bersahabat dengan tujuan tertentu....yang mencariku bila dalam kesusahan..tetapi bila aku susah...memberi 1001 alasan untuk mengelak daripada membantuku...walaupun aku sedar tentang perkara itu..aku hanya diam dan senyum sahaja..sebab mungkin salah aku sendiri..membuka ruang diri terlalu besar sehingga membuatkan orang lain mengambil kesempatan terhadap aku..tidak mengapa..yang penting aku cuba mengikhlaskan diri..cuba..
selain itu..semester ini juga mengajarku bahawa pengurusan masa itu penting..aku masih lemah dalam menguruskan masaku..membuatkan assignmentku bertimbun-timbun dalam satu-satu ketika..bila assignment terlalu banyak dalam satu-satu masa..membuatkanku jatuh sakit..dan DR juga telah mengesahkan aku mengalami migrain dan STRESS! jika kalian tidak mahu menjadi sepertiku..uruslah masa kalian dengan baik ye..hehehe
semester ini juga aku melakukan kesilapan besar dengan memberikan maklumat tidak betul kepada rakan-rakanku tanpa mendapatkan usul periksa terlebih dahulu mengenai maklumat tersebut..kesilapan BESAR aku..maafkan aku ya rakan-rakan...
semester ini juga..aku..aku semakin SIHAT!!!! ahahhaa...sekian buat masa ini..
salam sayang,
Cristine Teo
MissPurple Home
Pengikut Terbaik!
21 Disember 2012
16 Disember 2012
Nak Anak Buah!!!
Salam sayang..
Tengah hari tadi aku menerima
panggilan daripada mak su ku..dia bercerita tentang anaknya iaitu adik sepupuku
yang bernama Andrea yang baru nak masuk tahun tiga sibuk bercerita tentang ANAK
BUAH memandang rakannya iaitu jiran sebelah rumah mereka sudah mempunyai anak
buah..
Butir-butir perbualan mereka…
Andrea : mi..mi…kawan sebelah sudah ada anak
buah…saya ada anak buah tak mi? Abiey tu anak buah saya ke mi?
( Abiey merujuk kepada sepupuku
yang seorang lagi iaitu anak pak ngah ku)
Mak su:
bukanlah..abiey tu kan sepupu kau…kau mana ada anak buah lagi..kalau kakak
(aku) kau kahwin..barulah kau ada anak buah…
Andrea:
alaa..lama lagi ka kakak kahwin??? Nak anak buah!! Nanti kalau kakak kawin..ada
anak..jadi anak kakak, anak buah kami lah mami??
Mak su: ya..anak
buah kamu….
Andrea: jadi
nanti..Angel (adik bongsu andrea) jadi aunty paling kecil lah mami??
Mak su: iyaa..
Andrea: nanti
kalau kakak kahwin…kakak punya suami kami panggil apa lah mami??uncle??
Mak su: aikkk! Apa
pula uncle…??kamu panggil kakak kamu ‘kakak’ kan..jadi..panggil la suami dia
abang…(mak su ketawa)
Andrea:
ohh..panggil abang…hehehhe..bila kakak mahu kahwin ni mami??
Mak su: kakak
kau pun belum ada ‘kawan’..macam mana kamu nak ada anak buah cepat??hhhaa
Andrea: alaa…suruhlah
kakak cari cepat-cepat……(buat muka monyok)
Itulah butir-butir perbualan antara mak su dan
andrea yang diceritakan oleh mak su kepada ku..hahhaa…nampaknya..adik-adik
sepupuku tidak sabar untuk mempunyai anak buah..terpaksalah aku berusaha keras
lepas ni untuk mencari calon abang mereka....hahhahaa..mak su menyuruhku agar
cepat-cepat sikit mencari calonku.. :D
06 Disember 2012
Coretan kala lapang
Salam sejahtera penatap ruangan blogku.. ^_^ ,
Sudah lama rasanya jari-jemari pendek ini tidak menari di atas papan kekunci ini melakar cerita hati kerana sering kali hanya memuatkan entry berbentuk informasi sahaja. Kali ini, hatiku membenarkan jari ku melakar satu gambaran tentang dirinya..
ada yang bertanya, aku sudah berpunya atau belum.. ya, aku belum berpunya..hari itu?? Hmm..pernah ‘terlanjur’ untuk meletakkan title ‘sudah berpunya…tetapi hanya pada nama..tidak pernah berjumpa pun sepanjang perhubungan itu.. ya, aku pernah memiliki perasaan itu kepada dia..suatu ketika dahulu…tapi saat aku mendambakannya..dia tidak tahu akan itu…tetapi saat dia dekat..rasa itu sudah hilang…apabila dia dekat?? Huhu..aku sendiri tidak pasti akan keikhlasannya saat dia memintaku menjadi teman rapatnya..sejujurnya..aku rasa pada masa itu dia hanya rasa keseorangan..dan hanya aku yang ada di saat dia rasa sunyi..dan aku juga terlanjur untuk berkata ya..sebenarnya sedikit menyesal waktu itu…ya, hubungan tanpa rasa..memang tidak akan sampai ke mana..hubungan itu sekejap saja..aku tidak ingin terus-terusan menganiayai hati aku sendiri dan aku juga tidak ingin menganiayai dia..wahai awak..kalau awak baca entry ini..maafkan saya ya.. saya cuma tidak mahu seksa hati saya dan juga hati awak…
sejujurnya, bukannya aku tidak sedar.. ada juga insan yang cuba merapati diriku..tetapi kadang-kadang pilihan yang terbaik aku boleh buat adalah buat –buat tidak tahu sahaja…bukan nak jual mahal ya..aku tidaklah sebaik manapun..malah sejujurnya, aku kurang berkualiti untuk jadi seseorang yang akan prihatin terhadap insan berlawanan jenis..buat masa ini…
hatiku seperti tertutup buat masa ini..bagi sesetengah orang..keadaan ini mungkin sangat membimbangkan..tetapi untuk diri aku..aku tak bimbang lagi..mungkin belum sampai giliran aku lagi…dan mungkin aku belum cukup matang lagi dari segi soal perasaan..belum bersedia untuk bertanggungjawab menjaga hati orang lain..ya, jangan melangkah ke alam percintaan jika hati anda tidak bersedia..itu pengajaran yang aku dapat dari kisah lalu…
dengan izin Tuhan, semoga aku mampu menyimpan hati ini hanya kepada yang berhak memilikinya..kerana hati kita cuma satu saja..kalau hati luka..susah untuk pulih..lebih teruk lagi..kalau hati ini dibawa lari oleh insan yang tidak bertanggungjawab..bagaimana??
di saat ini, ramai rakan yang ku kenali..sedang berlumba-lumba mencari pasangan..kalau berhasil menjadi pasangan hidup..tahniah aku ucapkan..tetapi kalau setakat untuk menghilangkan status ‘single’ itu..baiklah kiranya anda hentikan perlumbaan itu.. kerana akhirnya..hanya kelukaan yang anda terima..jangan sia-siakan hati anda..percayalah..masa yang sesuai untuk itu akan tiba juga dalam hidup anda.. andai jodoh, tidak akan kemana..
apa??kalau tiada usaha..mana nak jumpa jodoh???
Huhu..tentang soal itu..janganlah dirisaukan..jodoh itu suratan..bukan paksaan..walau apa jua cara sekalipun anda cuba mencari ke seluruh pelosok dunia dan cuba memaksa pasangan anda terus berada di sisi anda..andai jodoh anda bukan dengan si dia..anda tetap tidak akan bersama si dia..tetapi..andai anda nikmati hidup yang anda jalani sekarang dengan sepenuhnya.. yakinlah..akan ada yang memandang anda..menerima diri anda seadanya..dan di saat dia menghampiri anda..dan anda mampu tersenyum saat teringat padanya.. menerima sisi yang paling buruk dalam dirinya..maka dia yang terbaik untuk diri anda..
Oleh hal yang demikian, rakan-rakan doakanlah semoga hati saya hanya memandang kepada insan yang sepatutnya..doakan saya mampu mengubah kelemahan saya..doakan saya mampu memperbaiki sedikit demi sedikit kekurangan diri saya..doakan saya menjadi sebetul-betulnya ‘insan’..
Sekian coretan kali ini..memandangkan jari ini keletihan menari tanpa henti..
Salam sayang,
Cristine Teo
05 Disember 2012
Berdengkur
Apa itu berdengkur?
Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas,
apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia
berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan
di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila
tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu
sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak
membahayakan.
Sebab-sebab berdengkur
Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan
tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot
lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak
tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku
semasa waktu tidur yang nyenyak. Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak
yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya
berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek
dan besar.
Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang
panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke
tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas
menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini
mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan
tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara
sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.
Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah
tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang
itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur.'Sleep
apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.
Rawatan
Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan?
Mendengkur yang teruk ialah mereka yang
berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya
mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah
'sleep apnea'. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung,
mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan
di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran
dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.
Rawatan untuk dengkur
Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang
dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan
hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid".Rawatan
diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.
Pencegahan
Petua untuk mengurangkan
dengkuran:
- Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat
badan berlebihan
- Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai
kesan mengantuk pada waktu tidur
- Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina
sebelum tidur
- Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan
mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
- Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
- Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi
terlentang
- Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas
supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang
Beguk
Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan
oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid.
Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung
dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia
boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.
Apakah tanda-tanda dan
gejala-gejala Beguk?
Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti.
Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada
simptom awal, mereka mungkin menghadapi :
- Demam
- Sakit kepala
- Mulut kering dan hilang selera
- Keletihan
- Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid
Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12
hari.
Adakah ia satu penyakit
yang ringan(biasa)?
Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:
- Encephalitis(Pembengkakan pada otak)
- Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak)
- Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas)
- Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
- Pekak
Bagaimanakah ia dirawat?
Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :
- Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
- Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang
berasid
- Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk
melagakan kesakitan.
Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah
sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit ( iaitu sehingga 9 hari selepas
pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.
Bolehkah ia dicegah?
Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini
Bau Badan
Apakah yang dimaksudkan dengan bau badan?
|
|
Adakah terdapat individu
tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?
- Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan
- Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung
mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan
Apakah tanda-tanda individu
mendapat bau badan?
- Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
- Bau badan hilang selepas mandi
Adakah terdapat rawatan
untuk mengatasi masalah bau badan?
- Gunakan sabun anti bakteria
- Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)
Batuk
Pengenalan
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk
menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur
pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang
boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia).
Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Sebab-sebab batuk
- Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema,
influenza
- Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis)
atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
- Alahan
- Asma
- Merokok
- Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive
pulmonary disease (COPD)
- Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat
kerja
- Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil
gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip
syndrome)
- Tekanan
- Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim
Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Rawatan
- Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
- Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa.
Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
- Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon
sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
- Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan
tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk
mengurangkan batuk.
- Berhenti merokok
- Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran.
Pakai topeng muka sekiranya perlu
- Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan
batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia
membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia
sesuai untuk batuk yang kering.
Bila anda perlu berjumpa doktor?
- Batuk yang mengeluarkan darah
- Baru pulang dari perjalanan luar negara
- Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
- Semput / sesak nafas, sakit dada
- Demam yang berpanjangan
- Mengandung
- Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
- Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
- Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan
Pencegahan
- Amalkan tabiat kebersihan yang baik
- Minum banyak air
- Tangani tekanan dengan baik
- Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena
batuk dan selesema
- Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
- Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
- Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda
menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)
Soalan Lazim
Adakah benar ubat batuk berbentuk sirap yang
mahal lebih baik daripada gula-gula ubat batuk?
Tidak.
Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.
Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.
Batuk Kering
Pengenalan
Apakah batuk kering?
Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan
kuman 'tubercle bacilli'. Ia disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang
mempunyai kuman yang aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti.
Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit.
Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai 'pulmonary
tuberculosis'. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti
batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta
pesakit maut. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering direkodkan di
Malaysia dan 966 dari padanya maut.
Tanda dan Gejala
Tanda dan Gejala
Apakah gejala batuk kering?
- Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
- Batuk berdarah
- Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
- Hilang selera makan atau turun berat badan
- Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
- Mudah letih dan lemah
Apakah perlu saya lakukan sekiranya mempunyai
tanda-tanda dan gejala tersebut?
Sekiranya ada, anda perlu dapatkan pemeriksaan:
Sekiranya ada, anda perlu dapatkan pemeriksaan:
- Ujian kahak yang dilakukan di klinik kesihatan atau
hospital
- X-ray dada
Pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering
terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
Komplikasi
Komplikasi
Adakah batuk kering
merbahaya?
Sekiranya tidak dikesan, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Sekiranya tidak dikesan, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Rawatan
Adakah batuk kering boleh sembuh dan apa rawatannya?
Ya, ia boleh sembuh. Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan sistem DOTS (Directly Observed Treatment Short course)yang diiktiraf oleh World Health Organization. Ia bermaksud ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu.
Adakah batuk kering boleh sembuh dan apa rawatannya?
Ya, ia boleh sembuh. Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan sistem DOTS (Directly Observed Treatment Short course)yang diiktiraf oleh World Health Organization. Ia bermaksud ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu.
- Rawatan perlu diambil selama 6 bulan
- Ubat hendaklah diambil dibawah pengawasan petugas
kesihatan terlatih sepanjang rawatan
- Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali
seminggu selama 4 bulan
- Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit dapat
sembuh
Pencegahan
Bagaimana saya boleh mencegah batuk kering?
Terdapat beberapa cara pencegahan:
Bagaimana saya boleh mencegah batuk kering?
Terdapat beberapa cara pencegahan:
i.
Suntikan BCG dapat
melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan
murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
- Mendapat
rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
- Ahli
keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat
pemeriksaan lanjut.
- Pastikan
rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh
bakteria di udara.
- Membuka
tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik
- Amalkan
gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
Kumpulan sokongan
- Sila rujuk pejabat kesihatan terdekat untuk sebarang
pertanyaan
- The Malaysian Association for The Prevention of TB
(MAPTB) atau Persatuan TB Tempatan
30 November 2012
Antipsikotik
Pengenalan
- Antipsikotik adalah kelas ubat
yang digunakan untuk merawat psikosis (penyakit mental yang menyebabkan
perubahan personaliti dan tidak peka dengan realiti).
- Ubat-ubatan ini juga dikenali
sebagai 'neuroleptik'.
- Ubat-ubatan ini memberi kesan
kepada sistem perhubungan khas yang membenarkan komunikasi antara sel-sel
otak dan membolehkan otak berfungsi secara normal.
- Hasilnya, pesakit akan dapat
pulih dari gejala psikotik dan melalui kehidupan yang normal semula.
Jenis-jenis
Antipsikotik
- Antipsikotik Tipikal (juga dikenali sebagai
antipsikotik generasi pertama):
- Phenothiazines (Chlorpromazine
"Largactil®", Thioridazine "Melleril®", Fluphenazine,
Perphenazine, Prochlorperazine "Stemetil®", Trifluoperazine
"Stelazine®").
- Butyrophenones (Haloperidol)
- Thioxanthenes (Flupenthixol
"Fluanzol®", Zuclopenthixol "Clopixol®")
- Benzamides yang diubah (Sulpiride)
- Antipsikotik Atipikal (juga dikenali sebagai
antipsikotik generasi kedua):
- Clozapine (Clozaril®)
- Olanzapine (Zyprexa®)
- Risperidone (Risperdal®)
- Quetiapine (Seroquel®)
- Aripiprazole (Abilify®)
- Ziprasidone (Geodon®)
- Sertindole (Serlect®)Clozapine
Kesan Sampingan
Kesan sampingan yang dikaitkan dengan Antipsikotik termasuklah :
- Kesan sampingan Ekstrapiramidal:
- Kejang dan menggeletar (gejala
Parkinson) – biasa berlaku secara beransur-ansur pada pesakit dewasa atau
warga tua
- Pergerakan muka dan badan yang
tidak normal –biasanya pada kanak-kanak atau remaja
- Perasaan tidak selesa –boleh
berlaku selepas pengambilan dos yang tinggi
- Pergerakan beritma tidak
terkawal pada lidah, muka dan rahang – biasanya berlaku selepas rawatan
jangka panjang atau dengan dos ubat yang tinggi
- Kesan sampingan yang lain
- Peningkatan selera makan
- Pertambahan berat badan
- Perubahan paras gula dalam
darah lalu meningkatkan risiko kencing manis
- Kehilangan sel darah putih
yang berfungsi melawan penyakit
- Mengantuk
- Tekanan darah rendah
Langkah Berjaga-jaga
Antipsikotik harus digunakan dengan berhati-hati dalam keadaan :
Antipsikotik harus digunakan dengan berhati-hati dalam keadaan :
- Kerosakan hati
- Kerosakan ginjal
- Masalah jantung
- Penyakit Parkinson
- Epilepsi (sawan)
- Kemurungan
- Myasthenia gravis (masalah
fungsi otot disebabkan otot menjadi lemah)
- Pembesaran prostat
- Glaukoma
Peringatan
- Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor
Maklumat Am
- Sebelum mengambil ubat ini,
sila maklumkan kepada doktor tentang sejarah perubatan terutama tentang
penyakit hati atau ginjal serta alahan kepada ubat
- Gabungan ubat kumpulan ini
dengan alkohol atau ubat-ubatan jenis sedatif yang lain boleh menyebabkan
kesan mengantuk yang kuat
- Hadkan pengambilan alkohol
- Guna dengan berhati-hati ke
atas warga tua kerana mereka lebih terdedah kepada kesan sampingan ubat
ini
- Perlu perhatian yang lebih
kepada mereka yang mengandung
- Bincang tentang risiko dan
kebaikan menggunakan ubat ini dengan doktor anda
- Maklumkan kepada doktor anda
jika anda menyusukan anak kerana dos ubat perlu diubah
Kaedah Penyimpanan
- Kaedah penyimpanan perlu diberi
lebih perhatian kerana ubat jenis ini selalu disalahguna
- Jangan campurkan ubat ini
dengan ubat-ubatan lain
- Simpan ubat di dalam tempat
yang sejuk, kering dan sukar dicapai oleh kanak-kanak
Langgan:
Catatan (Atom)