Pengenalan
- Antipsikotik adalah kelas ubat
yang digunakan untuk merawat psikosis (penyakit mental yang menyebabkan
perubahan personaliti dan tidak peka dengan realiti).
- Ubat-ubatan ini juga dikenali
sebagai 'neuroleptik'.
- Ubat-ubatan ini memberi kesan
kepada sistem perhubungan khas yang membenarkan komunikasi antara sel-sel
otak dan membolehkan otak berfungsi secara normal.
- Hasilnya, pesakit akan dapat
pulih dari gejala psikotik dan melalui kehidupan yang normal semula.
Jenis-jenis
Antipsikotik
- Antipsikotik Tipikal (juga dikenali sebagai
antipsikotik generasi pertama):
- Phenothiazines (Chlorpromazine
"Largactil®", Thioridazine "Melleril®", Fluphenazine,
Perphenazine, Prochlorperazine "Stemetil®", Trifluoperazine
"Stelazine®").
- Butyrophenones (Haloperidol)
- Thioxanthenes (Flupenthixol
"Fluanzol®", Zuclopenthixol "Clopixol®")
- Benzamides yang diubah (Sulpiride)
- Antipsikotik Atipikal (juga dikenali sebagai
antipsikotik generasi kedua):
- Clozapine (Clozaril®)
- Olanzapine (Zyprexa®)
- Risperidone (Risperdal®)
- Quetiapine (Seroquel®)
- Aripiprazole (Abilify®)
- Ziprasidone (Geodon®)
- Sertindole (Serlect®)Clozapine
Kesan Sampingan
Kesan sampingan yang dikaitkan dengan Antipsikotik termasuklah :
- Kesan sampingan Ekstrapiramidal:
- Kejang dan menggeletar (gejala
Parkinson) – biasa berlaku secara beransur-ansur pada pesakit dewasa atau
warga tua
- Pergerakan muka dan badan yang
tidak normal –biasanya pada kanak-kanak atau remaja
- Perasaan tidak selesa –boleh
berlaku selepas pengambilan dos yang tinggi
- Pergerakan beritma tidak
terkawal pada lidah, muka dan rahang – biasanya berlaku selepas rawatan
jangka panjang atau dengan dos ubat yang tinggi
- Kesan sampingan yang lain
- Peningkatan selera makan
- Pertambahan berat badan
- Perubahan paras gula dalam
darah lalu meningkatkan risiko kencing manis
- Kehilangan sel darah putih
yang berfungsi melawan penyakit
- Mengantuk
- Tekanan darah rendah
Langkah Berjaga-jaga
Antipsikotik harus digunakan dengan berhati-hati dalam keadaan :
Antipsikotik harus digunakan dengan berhati-hati dalam keadaan :
- Kerosakan hati
- Kerosakan ginjal
- Masalah jantung
- Penyakit Parkinson
- Epilepsi (sawan)
- Kemurungan
- Myasthenia gravis (masalah
fungsi otot disebabkan otot menjadi lemah)
- Pembesaran prostat
- Glaukoma
Peringatan
- Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor
Maklumat Am
- Sebelum mengambil ubat ini,
sila maklumkan kepada doktor tentang sejarah perubatan terutama tentang
penyakit hati atau ginjal serta alahan kepada ubat
- Gabungan ubat kumpulan ini
dengan alkohol atau ubat-ubatan jenis sedatif yang lain boleh menyebabkan
kesan mengantuk yang kuat
- Hadkan pengambilan alkohol
- Guna dengan berhati-hati ke
atas warga tua kerana mereka lebih terdedah kepada kesan sampingan ubat
ini
- Perlu perhatian yang lebih
kepada mereka yang mengandung
- Bincang tentang risiko dan
kebaikan menggunakan ubat ini dengan doktor anda
- Maklumkan kepada doktor anda
jika anda menyusukan anak kerana dos ubat perlu diubah
Kaedah Penyimpanan
- Kaedah penyimpanan perlu diberi
lebih perhatian kerana ubat jenis ini selalu disalahguna
- Jangan campurkan ubat ini
dengan ubat-ubatan lain
- Simpan ubat di dalam tempat
yang sejuk, kering dan sukar dicapai oleh kanak-kanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan