Amenorea
bermaksud tidak datang haid ( menstruasi)) Ia juga dikenali sebagai ovari tidak
mengeluarkan telur ( anovulation) Dalam kebanyakan kes, ia berlaku di kalangan
remaja perempuan sebelum dewasa atau semasa mengandung, ibu menyusukan bayi
atau menopaus, ini adalah normal dan dipanggil Amenorea secara fisiologikal.
Oligomenorea adalah keadaan merujuk kepada haid yang tidak tetap, biasanya 3
atau 6 bulan sekali dan berpanjangan.
Amenorea
primer ialah kegagalan menstabilkan kedatangan haid. Ia dikategorikan sebagai
tidak normal, jika remaja perempuan tiada perkembangan fizikal secara seksual
pada usia 14 tahun, atau remaja yang normal perkembangan fizikal dan seksualnya
tetapi tidak datang haidnya pada umur 16 tahun. Amenorea primer hanya berlaku
kepada kira-kira 3 remaja dalam per 1000.
Amenorea sekunder didenifisikan
sebagai tidak datang haid berturut-turut selama 6 bulan bagi wanita yang
kedatangan haidnya tetap setiap bulan. Amenorea sekunder juga menandakan
gangguan pada sakit atau akibat yang umum.
Amenorrhoae
sekunder berlaku kepada 3% remaja perempuan. Lebih 50% berlaku kepada peserta
pelari jarak jauh dan lebih 44% penari balet .
Tanda dan
Gejala
Banyak penyebab kemungkinan berlaku.
Termasuklah:
- Senaman yang melampau biasanya
di kalangan ahli sukan - atlet.
- Kurang berat badan yang teruk -
hasil pemakanan yang tidak sempurna (berat dalam KG dibahagi dengan
ketinggian dalam M²) kurang daripada 19 (kadar normal adalah 20 hingga 25
kg/m².
- Tekanan perasaan yang teruk dan
gangguan pada emosi
- Gangguan kepada ovari untuk
mengeluarkan telur
- Pengambilan pelbagai jenis
ubatan
- Kesan sampingan apabila
berhenti mengambil pil perancang keluarga
- Sindrom Polisistik ovari iaitu
keadaan terdapatnya multilple cysts pada ovari, mandul, obesiti dan
gangguan hormon.
- Penyakit yang lama dihidapi,
atau aktiviti kelenjar tiroid yang kurang atau lebih
- Hormon yang mengawal ovulasi
dan haid yang dikeluarkan oleh kelenjar hypothalamus pada paras luarbiasa
(yang seterusnya mengawal kelenjar pituitary).
Sebab lain
amenorea termasuk:
- Tiada vagina atau rahim atau
keduanya semasa lahir
- selaput dara yang menutup
vagina keseluruhannya
Terdapat
kes yang jarang berlaku di mana jantina sebenar kanak-kanak masih tidak dapat
ditentukan kerana organ genitalnya tidak terbentuk dengan baik semasa lahir.
Diagnosa
Diagnosa
Ia bergantung kepada keadaan dan
sebab berlaku. Bergantung kepada umur dan sejarah, selalunya ujian semasa hamil
adalah langkah pertama yang perlu diambil sebelum meneruskan dengan penyiasatan
yang lain.
Mengambil sejarah yang penuh,
seperti sejarah keluarga , pekerjaan dan sejarah aktiviti, sejarah aktiviti
seksual, gangguan emosi, perubahan berat badan dan sejarah perubatan lepas.
Walau bagaimanapun, untuk menentukan hasil diagnosis pemeriksaan penuh sakit
puan dan pelbagai ujian perlu dilakukan. Ujian ini termasuklah ujian darah
untuk mengenal pasti paras pelbagai hormon. Ujian Fungsi tiroid mungkin
diambil. Analisis koromosom perlu jika terdapat kesangsian jantina. Ultrasound,
tomografi berkomputer (CT Scan) atau imbasan MRI akan menunjukkan sebarang
keabnormalan alat kelamin.
Rawatan
Rawatan akan bergantung kepada
penyebab berlakunya Amenorea.
- Amenorea berkaitan dengan
senaman akan bertindakbalas kepada pengubahsuaian program senaman itu
sendiri dan dengan memberi perhatian kepada pengambilan diet dan penjagaan
berat badan.
- Amenorea yang berkaitan dengan
berat badan perlu diuruskan untuk mendapatkan berat yang normal dan
bantuan pskiatrik mungkin diperlukan bagi mengatasi masalah gangguan
emosi..
- Dalam kes di mana organ genital
tidak terbentuk dengan sempurna , mungkin pembedahan di perlukan
- Bagi kes sindrom Polisistik
ovari tindakbalas boleh berlaku dengan penurunan berat badan dan sekarang
insulin-sensitising agen seperti metformin digunakan. Kekurangan hormon
tiriod boleh dirawat dengan menggunakan hormon (thyroxine). Selaput dara
yang menutup vagina keseluruhannya memerlukan pembedahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan