Pengikut Terbaik!

30 November 2012

Alat Pelindung Mulut



Apa itu alat pelindung mulut?

Alat pelindung mulut adalah suatu alat plastik yang
disarungkan pada gigi untuk melindung gigi dan
mulut daripada kecederaan. Ia juga mampu
mengurangkan risiko kecederaan tulang rahang
ketika beraksi dalam sukan lasak.

Jenis-jenis alat pelindung mulut

Ada beberapa jenis alat pelindung mulut iaitu :
Pelindung mulut khas (dibuat di klinik pergigian mengikut saiz rahang individu).
Pelindung mulut yang dibuat secara memanaskan dan menggigit bahan pelindung
mulut (mouth-formed).
Pelindung mulut siap ada (ready-made).

Bagaimana memilih alat pelindung mulut yang sesuai?

Pilih yang :
boleh lentur (fleksibel)
tidak mudah koyak
selesa
padan dengan mulut
tidak mengganggu pertuturan dan pernafasan

Bila anda perlu memakai alat pelindung mulut?

Anda perlu memakainya semasa mengambil bahagian dalam aktiviti sukan lasak seperti tinju,
hoki, papan luncur, kasut roda dan lumba basikal.

Bagaimana menjaga alat pelindung mulut?

Bilas dengan air atau bahan kumuran
sebelum dan selepas penggunaannya.
Bersihkan dengan berus gigi sebelum
disimpan dalam bekas tidak kedap udara.
Elakkan dari suhu panas.

Memakai alat pelindung mulut untuk kali pertama

Anda mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pemakaian alat
pelindung mulut.
Pertama kali memakainya, anda mungkin mengalami :
kesukaran untuk bertutur
pengeluaran air liur bertambah
rasa tidak selesa

Tiada ulasan: