Cahaya kelam bila kau pergi,
Kurasa seperti matahari tidak akan terbit lagi,
Ku seolah tidak mampu berdiri ,
Sakitnya dalam hati tiada siapa yang mengerti ,
Namun sakit ini tidak bermakna..
Tidak seperti yang kau rasa ,
Maafkan aku ,
Kerana masih menangisimu,
Perasaan yang satu itu masih menghantui,
Perasaan..
Membiarkanmu menangis sendirian,
Perasaan..
Membiarkanmu berkata –kata sendirian,
Perasaan..
Membiarkanmu merintih sendirian,
Perasaan..
Membiarkanmu kesakitan sendirian,
Dan..
Sesuatu itu juga masih berputar,
Sesuatu yang pernah kita jalani bersama,
Sesuatu yang pernah kita kongsi bersama,
Sesuatu yang pernah kita ketawakan bersama ,
Tetapi sesuatu yang kau biarkan aku lakukan sendirian..,
Dan,
Sesuatu itu,
Ku menangis tanpamu,
Yang menangis keranamu,
Ku tahu ,
Ku tidak harus terus begini,
Kerana ini akan melumpuhkan aku...
Dan aku juga tahu,
Kepergianmu adalah yang terbaik untuk dirimu ,
Walaupun menyakitkan bagi hati –hati yang kau tinggalkan,
Dan aku akan cuba..
Akan terus tersenyum ,
Akan tersenyum untukmu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan