Salam semua..
Di sini aku ingin
berkongsi sebuah cerita tentang diri aku..bukan untuk sesukanya aku menyatakan
kisah aku..sudah tentunya ada pengajaran yang aku selitkan dalam cerita
aku..terpulang..sama ada anda terima atau tidak..
Mengimbas kembali
kenangan lalu..terkenang seseorang yang letaknya sangat dalam di hati tetapi
kini jauh pergi meninggalkan aku dan yang lain-lain..seseorang yang sering
dilukakan dan tersakiti hatinya tetapi tetap bersabar dan mengalah..seseorang
yang memahami setiap sudut dan perangaiku namun aku tidak pernah cuba
memahaminya seperti mana dia memahamiku.. keegoaan memakan diriku
sendiri..mengapa kini harus menyesal?? Penyesalan yang tiada penghujung
sedangkan akulah kononnya perempuan berhati batu yang tiada perasaan….
Apabila diingatkan
kembali detik perkenalan, segalanya berjalan dengan baik, sangat manis bila
dikenang..tiada siapa dapat menyangkal bahawa dia sememangnya insan yang sangat
baik dan sebaik-baiknya lelaki yang pernah aku temui dalam hidupku..semua turut
menyenanginya..seiring dengan masa, turut digosipkan dengan dia..aku memberi
reaksi kurang senang..walaupun sebenarnya jauh di lubuk hati..aku menyenanginya..dan
sememangnya tiada apa-apa yang berlaku antara kami..walaupun pada masa yang
sama..kedengaran juga desas-desus tentang dia menyukai seseorang yang lain..dan
aku tau..aku juga boleh menerima itu..kerana sememangnya tiada apa-apapun
antara kami..
Dia seorang yang
mementingkan pendidikan..buktinya dia sentiasa cuba melakukan yang terbaik
dalam peperiksaannya…dan banyak kenangan yang aku kongsi bersamanya…sama ada
berdua..mahupun dengan rakan-rakan yang lain..
Semakin lama, diri
semakin yakin dengan apa yang dirasakan..namun masih sedaya-upaya menafikan perasaan
di sebalik topeng keegoanku yang tak berfaedah langsung..bagiku..biar perasaan
itu begitu sahaja..kerna diri tidak
mampu mempercayai mana-mana kata cinta yang dilafazkan oleh insan bernama
lelaki..bagi diri ini..semua itu DUSTA belaka..lagipun..aku menyimpan cita-cita
setinggi langit yang perlu kugapai…untuk diri aku, keluarga, dan orang-orang
yang banyak berkorban untuk aku..
Dia menyatakan cinta..dan
luahan cintanya itu kubiarkan begitu sahaja ..dan dia menyepikan dirinya..diam
sejuta makna…
Di tahun yang
berikutnya..hubungan kembali pulih..dia bersikap seperti sediakala..menghantar
mesej dan menelefonku di tengah malam..buat aku GEMBIRA.. namun luaranku..masih
keras..seperti tiada apa-apa yang berlaku..dia menyatakan harapannya..agar
dapat melangkah masuk ke IPTA yang sama denganku..
Namun..suratan
menentukan...kami ditakdirkan untuk tidak bersama…kami masuk ke IPTA yang
berbeza..dari situ aku mula merasakan..sememangnya tiada jodoh antara
kami..walaupun begitu..aku masih memasang angan…bahawa dia lelaki pertama dan
terakhir selain ayahku dalam hidupku…yang bakal menjagaku seumur hidupku…
Seperti biasa, kami
masih kekal berhubung..selalunya..dia yang akan menelefonku..tapi
kadang-kadang..bila perasaan bersalah timbul dalam diri..aku mengambil
inisiatif untuk menghubunginya dahulu…
Kemudian, dia
memberitahuku yang dia kurang sihat..terdapat ketulan pelik di kakinya..bukan
Gout kata doktor…entah apa..aku menasihatinya untuk terus mendapatkan rawatan
doktor…kerana aku risau itu bakal mengganggu perjalanan kuliahnya…dia menurut
nasihatku..dia mendapat suntikan penahan sakit daripada doktor..tetapi itu
tidak membuatkan keadaan bertambah baik..sebaliknya..kakinya semakin teruk…
Isnin,
Aku mendapat mesej
daripada kenalan rapatku, mengkhabarkan…dia ..LEUKIMIA… betapa luluhnya hati
aku ketika itu..hancur…hancur hati ini..tidak dapat menahan emosi..air mata
berlumba-lumba untuk keluar…malamnya, aku menghubunginya…dia ditahan di wad..malam
itu, sedaya-upaya ku lembutkan suaraku..menjaga hatinya..sebak yang menghimpit di
dada..sedaya upaya aku tahan..ku tidak ingin dia tahu…namun..air mata ini tidak
mampu menutup perasaan sebenar dalam hati..tetap tidak henti-henti terus meluncur
di pipiku..sangat-sangat hiba dan luluh hati ini mendengar luahan hatinya…perbualan
kami beberapa kali terganggu dan terhenti kerana jururuwat datang memeriksanya
selang beberapa minit..
Dia: kau tahu…
Aku: tahu apa…
Dia: aku sedang menghitung
hari ni…
Aku: aishh..hari
apa pula nii…jangan lah macam tu..everything will be fine okay…
Dia : aku sedang
menghitung hari tengok rambutku makin gugur.kan aku amik kemo…
Aku: tak apalah
tu..rambut boleh tumbuh semula..yang penting kau sihat..
Dia: kau tahu..
Aku: apa??
Dia: mesti aku
makin kurus lepas ni kan…
Aku terkelu…
Dia: kau tahu…
Aku: apa?? (cuba
menahan tangisan…)
Dia: gusi aku
berdarah….sakit…
Aku: tabah okay…semua
akan okay2 saja…kuatkan semangat…kami semua support kau..
Dia: weh..ayah kau
tahu ka pasal aku sakit??
Aku: ya…dia tahu..
Dia: ahhh..malunya
aku..
Aku: napa malu?? Dia
risaukan kau la..
Dia: hmmm…
Disebabkan jururawat
sibuk berulang alik memeriksanya..kami menghentikan perbualan..sakitnya dalam
dada ini menahan hiba…usah dicakap..sedaya upaya ku tidak menunjukkan
kesedihanku ketika berbual dengannya..menangis tidak berbunyi..
Oh.!! Kenapa perlu
dia yang menghadapi semua ini????! Setelah selesai menelefonnya..aku bertanya
pendapat rakanku…tentang perasaanku..kawanku memberikan nasihat agar ku luahkan
saja perasaan hatiku sebelum terlambat..
Dan aku menerima
nasihat itu..ku bercadang untuk meluahkan rasa hatiku padanya..pada malam
berikutnya..memandang ketika itu sudah lewat malam dan aku tidak ingin
mengganggunya…
Petang
esok..setelah habis kuliah..aku menghantar mesej bertanya khabar kepadanya..namun
tidak dibalas..ku mula rasa tidak sedap hati…dan petang itu…bagaikan halilintar membelah
dadaku bila aku mendapat mesej..dia telah dimasukkan ke wad ICU…air mata sudah
tidak ego lagi untuk menampilkan diri…menjadi penemanku setiap saat..aku terus
mendapat mesej..dia semakin tenat…rasa seperti mahu pitam..Ya Tuhan…kuatkan
hatiku mengharungi detik ini..apa yang aku harus buat ya Tuhan…
Akhirnya…kawanku
menelefonku..
Rakan: tine..aku
harap kau tabah k…
Aku: kenapa…
(suaraku sudah hampir tidak terkeluar)
Rakan: dia dah
tiada…..
Telefon terlepas
dari tanganku…dunia kelam…dia meninggal tepat pukul 10.30 malam, 31 Ogos
2010..hari di mana seluruh rakyat Malaysia sedang bersuka-ria menyambut ulang
tahun kemerdekaan..tapi aku, keluarganya..rakan-rakanya…sedang menangis
hiba..menangis sekuat-kuatnya..namun itu tidak mampu MENGEMBALIKANNYA!
..duniaku terasa gelap..aku menjadi lesu dan tidak bermaya untuk hari-hari
seterusnya…aku belum sempat pun untuk menyatakan perasaanku padanya..agar sekurang-kurangnya dia tahu apa yang aku rasa..aku cuma terlambat kurang daripada 24 jam...tetapi cukup membuatkan aku menyesal sampai bila-bila...
Kini..sudah dua
tahun dia meninggalkan kami pergi..meninggalkan segala kenangannya bersama kami….di
sini..aku cuma ingin menasihatkan kalian
semua..jika dalam hati anda ada seseorang..yang anda sayang..tapi anda belum
luahkannya..ungkapkanlah sayang anda itu sebelum terlambat..tidak kira..sama
ada dia terima anda atau tidak..yang penting..anda sudah lepaskan beban hati
anda..kerana bila dia pergi untuk selamanya..kamu tidak akan pernah berpeluang
lagi untuk mengungkapkannya…yang tinggal..hanya penyesalan yang tidak pernah
akan luput..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan