Pengikut Terbaik!

26 November 2010

Cerita Hari Raya Aidiladha ..... :)

Alkisah........

                Pippi  mengajak  Crist dan Gee bermain hujan  apabila kelihatan hujan lebat di luar ...crist dan Gee teragak-agak untuk bersetuju  memandangkan kedengaran bunyi guruh...kerana mereka tak mahu  menjadi seperti kisah Si Tanggang......ibu...ibu..ampunkan tanggang bu...!!  (ahahhahahahah)

                Ketika  crist , pippi  dan Gee sedang duduk-duduk berehat  selepas makan tengah hari  (walaupun jam  sudah menunjukkan pukul  3.30 petang...huhuuhuhu) tiba-tiba crist dan Gee tersentak  apabila Pippi  menengking berteriak........

Pippi :  Lembu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Saya nampak lembu!!!!!(sambil menuding jari ke luar  rumah...)

Gee dan Crist memandang ke arah satu sama lain..sedang berkira-kira sama ada pippi  sedang  menyakat  mereka  ataupun sedang  bemeditasi berhalusinasi...

Crist: Lembuuu???????uhhhuuuuuuuuuuu ......(dengan nada memperli kerana berfikir bahawa Pippi  sedang  menyakat  mereka...maklumlah lama dah tak makan daging....ahhahahhaha)

Pippi : aduiiiiii........betul bha!!!!!ada lembu lari-lari...(pippi cuba menegakkan kata-katanya  dengan muka yang sangatlah susah nak dipercayai oleh crist dan Gee)

Gee : pippi....ku taulah kita dah lama tak makan daging...tapi jangan lah  kau sampai berhalusinasi begitu sekali....(sambil ketawa2 memegang perut yg kekijangan kekejangan)

Crist: wei pippi...ku taulah ko beria-ia mau main hujan...tapi janganlah ko bagi alasan ko nampak lembu....takkan kita nak kejar lembu ko tu.....)

Pippi meletakkan kepalanya di atas meja....sambil ketawa  tebahak-bahak ...tak tahu macam mana lagi nak meyakinkan crist dan Gee...kemudian pippi berdiri dan keluar ke beranda....

Pippi: Hah!!!!!!tu nah lembu kalau kamu tidak percaya...( sambil menuding tangan ke arah gelanggang  bola jaring)

Crist dan Gee turut keluar ke beranda..melihat ke arah tempat yang pippi katakan....HAHAHHAHAHAH!!kelihatan seekor lipas LEMBU sedang berlari-lari menuju ke jalan raya..

Crist: a’ah la....wuii....lembu tu dari mana ah?????????????????

Gee: yakan...dari mana tu lembu......weii..lembu tu lari ikut highway ke KL lahhh.........!!!!
(sebenarnya mereka lupa hari itu Hari Raya Aidiladha..memang lah ada sembelih lembu...)

Kemudian,pippi ,crist dan Gee turun berjalan-jalan di sekitar kolej...memandangkan hujan x lebat...(lagipun memang tujuan nak  main hujan pun...ahhahahahh)..sampai ke satu kawasan di sebelah surau..kelihatan 3 ekor lembu tertambat di situ...

Crist: a’ahla...patutla ada lembu..kan esok mereka ada sembelih lembu utk hari raya....

Gee dan Pippi mengiakan ..(walaupun sebenarnya pippi memang dah terfikir dari awal pun..)
Setelah mereka bertiga sampai di gelanggang bola jaring..kelihatan 2 org budak di kawasan semak..

Budak 1 : Akak!!!!!!!! Akak ada nampak lembu?????

Crist: ada.....!!!!lembu tu lari ke arah situ!!!! (sambil menunjukkan ke arah lembu itu lari tadi)

Budak 1 : terima kasih kak!!! (kemudian kedua-dua budak itu meneruskan pencarian mereka)

Beberapa minit kemudian budak itu kembali lagi...

Budak 1: Kak,lembu tu berlari ke arah mana?????????

Crist : testing mic 1 2 3 Lembu tu lari ikut jalan atas!!!! (sambil berteriak..bukannya apa..budak tu jauh 200 kilometer  meter  di  hadapan...kena guna volume 5)

Budak 1:oohhh...terima kasih!!!!!!!(Gaya Alleycats)

Crist : Sama-sama kasih !!!! (juga guna gaya alleycats)

Gee: Jangan-jangan lembu tu dah sampai tol dah......(sambil menggeleng-gelengkan kepala)

Kemudian budak-budak itu pun berlalu...duduklah crist, Gee dan pippi di situ..(kononnya menanti lembu kembali...ahahha) Setelah lama menanti  buah  yang  tak  gugur  disitu ,mereka pun berdiri..dan pulang  semula ke rumah....hehheheh...


:)

24 November 2010

Pengajaran Tentang Cinta


Salam semua..

Di sini aku ingin berkongsi sebuah cerita tentang diri aku..bukan untuk sesukanya aku menyatakan kisah aku..sudah tentunya ada pengajaran yang aku selitkan dalam cerita aku..terpulang..sama ada anda terima atau tidak..

Mengimbas kembali kenangan lalu..terkenang seseorang yang letaknya sangat dalam di hati tetapi kini jauh pergi meninggalkan aku dan yang lain-lain..seseorang yang sering dilukakan dan tersakiti hatinya tetapi tetap bersabar dan mengalah..seseorang yang memahami setiap sudut dan perangaiku namun aku tidak pernah cuba memahaminya seperti mana dia memahamiku.. keegoaan memakan diriku sendiri..mengapa kini harus menyesal?? Penyesalan yang tiada penghujung sedangkan akulah kononnya perempuan berhati batu yang tiada perasaan….

Apabila diingatkan kembali detik perkenalan, segalanya berjalan dengan baik, sangat manis bila dikenang..tiada siapa dapat menyangkal bahawa dia sememangnya insan yang sangat baik dan sebaik-baiknya lelaki yang pernah aku temui dalam hidupku..semua turut menyenanginya..seiring dengan masa, turut digosipkan dengan dia..aku memberi reaksi kurang senang..walaupun sebenarnya jauh di lubuk hati..aku menyenanginya..dan sememangnya tiada apa-apa yang berlaku antara kami..walaupun pada masa yang sama..kedengaran juga desas-desus tentang dia menyukai seseorang yang lain..dan aku tau..aku juga boleh menerima itu..kerana sememangnya tiada apa-apapun antara kami..

Dia seorang yang mementingkan pendidikan..buktinya dia sentiasa cuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaannya…dan banyak kenangan yang aku kongsi bersamanya…sama ada berdua..mahupun dengan rakan-rakan yang lain..

Semakin lama, diri semakin yakin dengan apa yang dirasakan..namun masih sedaya-upaya menafikan perasaan di sebalik topeng keegoanku yang tak berfaedah langsung..bagiku..biar perasaan itu begitu sahaja..kerna  diri tidak mampu mempercayai mana-mana kata cinta yang dilafazkan oleh insan bernama lelaki..bagi diri ini..semua itu DUSTA belaka..lagipun..aku menyimpan cita-cita setinggi langit yang perlu kugapai…untuk diri aku, keluarga, dan orang-orang yang banyak berkorban untuk aku..

Dia menyatakan cinta..dan luahan cintanya itu kubiarkan begitu sahaja ..dan dia menyepikan dirinya..diam sejuta makna…


Di tahun yang berikutnya..hubungan kembali pulih..dia bersikap seperti sediakala..menghantar mesej dan menelefonku di tengah malam..buat aku GEMBIRA.. namun luaranku..masih keras..seperti tiada apa-apa yang berlaku..dia menyatakan harapannya..agar dapat melangkah masuk ke IPTA yang sama denganku..

Namun..suratan menentukan...kami ditakdirkan untuk tidak bersama…kami masuk ke IPTA yang berbeza..dari situ aku mula merasakan..sememangnya tiada jodoh antara kami..walaupun begitu..aku masih memasang angan…bahawa dia lelaki pertama dan terakhir selain ayahku dalam hidupku…yang bakal menjagaku seumur hidupku…

Seperti biasa, kami masih kekal berhubung..selalunya..dia yang akan menelefonku..tapi kadang-kadang..bila perasaan bersalah timbul dalam diri..aku mengambil inisiatif untuk menghubunginya dahulu…

Kemudian, dia memberitahuku yang dia kurang sihat..terdapat ketulan pelik di kakinya..bukan Gout kata doktor…entah apa..aku menasihatinya untuk terus mendapatkan rawatan doktor…kerana aku risau itu bakal mengganggu perjalanan kuliahnya…dia menurut nasihatku..dia mendapat suntikan penahan sakit daripada doktor..tetapi itu tidak membuatkan keadaan bertambah baik..sebaliknya..kakinya semakin teruk…

Isnin,
Aku mendapat mesej daripada kenalan rapatku, mengkhabarkan…dia ..LEUKIMIA… betapa luluhnya hati aku ketika itu..hancur…hancur hati ini..tidak dapat menahan emosi..air mata berlumba-lumba untuk keluar…malamnya, aku menghubunginya…dia ditahan di wad..malam itu, sedaya-upaya ku lembutkan suaraku..menjaga hatinya..sebak yang menghimpit di dada..sedaya upaya aku tahan..ku tidak ingin dia tahu…namun..air mata ini tidak mampu menutup perasaan sebenar dalam hati..tetap tidak henti-henti terus meluncur di pipiku..sangat-sangat hiba dan luluh hati ini mendengar luahan hatinya…perbualan kami beberapa kali terganggu dan terhenti kerana jururuwat datang memeriksanya selang beberapa minit..


Dia: kau tahu…
Aku: tahu apa…
Dia: aku sedang menghitung hari ni…
Aku: aishh..hari apa pula nii…jangan lah macam tu..everything will be fine okay…
Dia : aku sedang menghitung hari tengok rambutku makin gugur.kan aku amik kemo…
Aku: tak apalah tu..rambut boleh tumbuh semula..yang penting kau sihat..
Dia: kau tahu..
Aku: apa??
Dia: mesti aku makin kurus lepas ni kan…

Aku terkelu…

Dia: kau tahu…
Aku: apa?? (cuba menahan tangisan…)
Dia: gusi aku berdarah….sakit…
Aku: tabah okay…semua akan okay2 saja…kuatkan semangat…kami semua support kau..
Dia: weh..ayah kau tahu ka pasal aku sakit??
Aku: ya…dia tahu..
Dia: ahhh..malunya aku..
Aku: napa malu?? Dia risaukan kau la..
Dia: hmmm…

Disebabkan jururawat sibuk berulang alik memeriksanya..kami menghentikan perbualan..sakitnya dalam dada ini menahan hiba…usah dicakap..sedaya upaya ku tidak menunjukkan kesedihanku ketika berbual dengannya..menangis tidak berbunyi..

Oh.!! Kenapa perlu dia yang menghadapi semua ini????! Setelah selesai menelefonnya..aku bertanya pendapat rakanku…tentang perasaanku..kawanku memberikan nasihat agar ku luahkan saja perasaan hatiku sebelum terlambat..


Dan aku menerima nasihat itu..ku bercadang untuk meluahkan rasa hatiku padanya..pada malam berikutnya..memandang ketika itu sudah lewat malam dan aku tidak ingin mengganggunya…

Petang esok..setelah habis kuliah..aku menghantar mesej bertanya khabar kepadanya..namun tidak dibalas..ku mula rasa tidak sedap hati…dan  petang itu…bagaikan halilintar membelah dadaku bila aku mendapat mesej..dia telah dimasukkan ke wad ICU…air mata sudah tidak ego lagi untuk menampilkan diri…menjadi penemanku setiap saat..aku terus mendapat mesej..dia semakin tenat…rasa seperti mahu pitam..Ya Tuhan…kuatkan hatiku mengharungi detik ini..apa yang aku harus buat ya Tuhan…

Akhirnya…kawanku menelefonku..

Rakan: tine..aku harap kau tabah k…
Aku: kenapa… (suaraku sudah hampir tidak terkeluar)
Rakan: dia dah tiada…..

Telefon terlepas dari tanganku…dunia kelam…dia meninggal tepat pukul 10.30 malam, 31 Ogos 2010..hari di mana seluruh rakyat Malaysia sedang bersuka-ria menyambut ulang tahun kemerdekaan..tapi aku, keluarganya..rakan-rakanya…sedang menangis hiba..menangis sekuat-kuatnya..namun itu tidak mampu MENGEMBALIKANNYA! ..duniaku terasa gelap..aku menjadi lesu dan tidak bermaya untuk hari-hari seterusnya…aku belum sempat pun untuk menyatakan perasaanku padanya..agar sekurang-kurangnya dia tahu apa yang aku rasa..aku cuma terlambat kurang daripada 24 jam...tetapi cukup membuatkan aku menyesal sampai bila-bila...

Kini..sudah dua tahun dia meninggalkan kami pergi..meninggalkan segala kenangannya bersama kami….di sini..aku  cuma ingin menasihatkan kalian semua..jika dalam hati anda ada seseorang..yang anda sayang..tapi anda belum luahkannya..ungkapkanlah sayang anda itu sebelum terlambat..tidak kira..sama ada dia terima anda atau tidak..yang penting..anda sudah lepaskan beban hati anda..kerana bila dia pergi untuk selamanya..kamu tidak akan pernah berpeluang lagi untuk mengungkapkannya…yang tinggal..hanya penyesalan yang tidak pernah akan luput..

04 November 2010

Seronoknya!!!

Malam ni aku stay dengan Sandra!!!! Geng Terereng aku!!! Banyak cerita  yang  ingin  dikongsi  bersama  dengan  dia!!!Esok, pagi-pagi lagi..kami  akan  bertolak ke KL  dengan  menggunakan  bas  untuk berjumpa  dengan  seorang  lagi geng terereng kami iaitu  SHARON  LYNN JASPIN!!!huhuhuhuhuhuh!!!sharon,nantikan  ketibaan kami  esok!!!! kepada  GENG  TERERENG yang  lain..Arnez,Yunizah, Dorren,Hasyimah dan  Ferawaty ...jangan  jealous  yeee!!!!!!!!!!!

01 November 2010

Hidup Ini

Hidup ini jangan ada banyak kejutan,
Kerna,
Mungkin ia membawa cerita gembira,
Dan,
Mungkin juga membawa kisah duka,
Hidup ini jangan terlalu banyak bermimpi,
Kerna,
Ia mungkin mimpi indah,
Dan,
Mungkin juga ia mimpi ngeri,

Kesudahan Cerita Kita....

Tiada baris kata-kata yang mampu diluahkan,
Bila tiada siapa lagi yang mampu pertahankan,
Bila tiada siapa lagi yang memberi pengorbanan,
Bila tiada siapa lagi yang mampu bertahan,
Mengekalkan sebuah ikatan persahabatan,
Kenapa?
Tiada lagikah kemanisan dalam hati?
Tiada lagikah kenangan yang dulu  seolah  tersimpul mati?
Tiada lagikah jiwa yang saling memerlukan sesama sendiri?
Tiada lagikah keikhlasan dalam hati?
Adakah kebosanan sudah bertempat di hati?
Apabila teman sudah tidak mampu menunaikan permintaan diri,
Adakah dendam yang menempel di hati?
Apabila wujudnya tidak puas hati dalam diri,
Andai,
Ikatan ini kembali bersatu,
Kekalkah ia selamanya?
Akan longgar lagikah ikatan itu?
Sahabat,
Satu luahankah ini?
Satu kesalahankah ini?
Satu keluhankah ini?
Atau,
Satu penceritaan palsu bagimu?
Terpulanglah..
Untukmu mentafsirkan segalanya..


Mengingati

Kalau  saja  waktu  ini  mampu  diputarkan  kembali ,
Tentu  saja  aku  melakukannya ,
Berat  rasa  hati  meneruskan  langkah  ke  hadapan  ,
Sedangkan  hati  ini  masih  keliru  ketika  memulakan  langkah ,
Sahabat  tersayang ,
Buah – buah  kesunyian  mula  terasa  di  hati ,
Kami  sudah  terbiasa  bersama ,
Menempuh  hari – hari  remaja  kami ,
Tapi ,
Kini  kami  perlu  memilih ,
Haluan  hidup  kami  sendiri ,
Semoga  Tuhan  terangi  setiap  langkah  yang  kami  pilih ,
Teguhkan  ikatan  persahabatan  kami ,
Semoga  ruang  waktu  tidak  bisa   mencacatkan  hati  kami ,
Agar  suatu  hari  nanti  ,
Bila  kami  dipertemukan  semula ,
Kami  masih kami  yang  dulu ,
Menyayangi  antara  satu  sama  lain ,
Aku  yang  tak  pernah  bisa  pergi  jauh  daripada  mereka ,
Kini  mempunyai   haluanku  sendiri ,
Dan ,
Demi  waktu  yang  berulir  di  sampingku ,
Aku  redha  dengan  ketentuanNya ,
Apa  yang  pasti ,
Aku  akan  membawa  senyuman  mereka ,
Ketelusan  hati  mereka ,
Dan  kasih  saying  mereka ,
Bersamaku  selamanya ,
Kerna  mereka  telah  mengajar  aku ,
Erti  sebuah  persahabatan ,
Aku  tak  akan  menangis ,
Sampai  jantung  tak  bergetar,
Selama  itu  kami  akan  mengingati  satu  sama  lain ..