Pengikut Terbaik!

22 April 2011

Dinner Blok B, Kz 8/4/11

Nak cerita ni...heheh..mula-mula aku cadang tak nak turun dinner tu...malas..tiada mood...semuanya bercampur aduk....tapi memandangkan housemate tersayang..Tikah..ajak turun...aku pun turun juga lah...lagipun memandangkan Farah yang tersayang yg merupakan housemate ku juga terlibat dalam persembahan untuk malam tu..aku pun turun la..nak jugak tengok....

aikk..ku nak pakai apa ye...ermmmm...redah je laa...oppss..nampak sesuatu dalam almari...argghh...pakai ini je lah....

bersiap-siap...kitorang pun turun laa....

majlis bermula....frkiranku hanya tertumpu kepada makanan yang terhidang di depanku...wahai perut...sabarlah yee.......

tiba sesi cabutan bertuah...sesi itu..aku x hiraukan sangat..aku tau...tak mungkin nombor aku mendapat tempat di tangan pencabut nombor tersebut...jadi..aku makan..makan..dan makan...

pemenang nombor bertuah seterusnya ialah..nombor....156!!!!!!!!!

aikkk...aku hampir tersedak sewaktu meneguk fresh orange dalam cawan plastik tersebut.....mmm..macam kenal jer nombor tu.....aku pun menjeling sedikit ke arah nombor yang tertera pada kad jemputanku..

aikkk...aku punya nombor laaaa!!!!yuhuuuu...aku pun  bergerak laa naik ke atas pentas...hehehehe...selama hampir 21 tahun aku bernafas di dunia..inilah pertama kalinya aku mendapat cabutan bertuah..kah3x....yeyeyeyye....walaupun sekadar mug..hehehe...

                                                           bersama Tikah and Kak Ida...

                                                          love both of the very much...

                               ni bukan untuk cabutan bertuah ye..... cuba teka...ni untuk apa...hehhehe...

21 April 2011

Sahabat? Cinta? Paksaan? Hilang sahabat?

Ini merupakan kisah benar ye..diceritakan oleh seseorang dan saya menceritakan semula di sini agar pembaca sekalian boleh menilai apa sebenarnya yang berlaku...

Alkisah...

Ain (bukan nama sebenar) berkawan rapat dengan  Azam ( juga bukan nama sebenar).. sekadar kawan rapat dan tidak lebih dari itu...bagaimana teman-teman yang lain rapat dengan Azam..begitu juga Ain...bagi Ain...Azam memang seorang kawan yang baik..walaupun kadang-kadang mereka bergaduh..alahh..biasalah tu...tak sah kalau tiada sakat menyakat dalam persahabatan...walaupun begitu, Ain sedaya upaya menjaga kata-kata yang keluar dari mulutnya agar tidak disalah anggap oleh Azam mahupun kawan-kawan yang lain...


Kini zaman persekolahan pun berlalu..masing-masing dengan haluan masing-masing...Dalam tempoh menunggu tawaran menyambung pelajaran..Ain dikejutkan dengan mesej yang diterimanya daripada Azam yang mengatakan Azam menyukainya...Ain terpana seketika..tidak tahu bagaimana nak menerangkan pada Azam bahawa dia cuma menganggap Azam sebagai seorang kawan dan tidak lebih daripada itu...dia tidak boleh untuk menerima Azam sebagai kekasihnya kerana pada hatinya Azam cuma seorang sahabat baginya..

Lalu dia menerangkan kepada Azam...

Ain : Zam, aku minta maaf sangat-sangat..aku tak boleh terima kau..aku betul-betul anggap kau sebagai  
        kawan..cuma kawan ...tidak lebih daripada itu...maafkan aku ya..

Azam: Tak mengapa..aku cuma meluahkan apa yang aku rasa..aku x paksa kau untuk terima aku...

Ain: terima kasih sebab faham...

Ain kemudian menyambung pelajarannya di salah sebuah institusi pengajian tinggi...Azam masih menunggu peluang untuk menyambung pelajaran..Pada mulanya, Ain menganggap bahawa Azam akan berhenti untuk terus memburunya..namun..semakin hari Azam semakin ligat pulak menghantar mesej2 cintanya..Ain serba salah...nak berkasar salah ..Ain tidak mahu Azam menganggapnya sebagai perempuan yang pemilih dan sombong.....nak mengikut rentak Azam pun tak boleh juga! Nanti Azam fikir dia menerimanya pulak...hmmm...

satu hari...Azam menghantar mesej kepadanya...

Azam: Aku nak kau terus terang hari ini..

Ain: terus terang apa?

Azam: kau sayang aku atau tak ?

Ain: Kenapa?

Azam: Aku cuma nak jawapan Ya atau Tidak.

dengan serba salah ..Ain membalas...

Ain: Tak.

Azam : Okay..kalau macam tu..kita putus sahabat.Anggap saja kita tak pernah kenal.

Ain: Kenapa sampai macam tu sekali??

Azam: Aku dah letih dengan keadaan macam ni....please..sampai sini saja persahabatan kita.

Ain: Sampai hati kau Zam....

Akhirnya persahabatan mereka terputus begitu sahaja...Ain redha jika itu yang diinginkan..dia tidak rela mengikut keinginan Azam kerana dalam hatinya, Azam adalah seorang SAHABAT....

mungkin juga silap percaturan daripada pihak Ain...sehingga menyebabkan timbulnya isu bahawa Ain sudah ditunangkan dengan jejaka pilihan keluarga....sekali lagi..Azam menghubunginya untuk bertanyakan kesahihan berita itu...

Ain serba salah...akhirnya...dia menjawab dalam keterpaksaan..

Ain: Ya..

Azam: Orang mana?

Ain: Orang sini juga..saudara sebelah ayah...

Azam: Oh..tahniah..

Ain agak tertekan dengan keadaan itu..nak diceritakan perkara yang betul...dia tak ingin Azam terus-terusan mengharap padanya...akhirnya..dia membenarkan penipuan itu berlaku rasa bersalah menghimpit dada.......semoga itu mampu meredakan keadaan...

namun ...kerana semua perkara tetap akan berakhir dengan kebenaran...akhirnya..rahsia itu terbongkar juga...
Ain habis disumpah seranah oleh Azam...'muka cantik tapi hati buruk...bla...bla..bla...."
Ain agak marah...namun sedaya upaya ditahannya...

namun dia bersyukur...akhirnya dia tahu siapa Azam yang sebenar....Azam bukanlah betul-betul menyayanginya...tapi setakat ingin memilikinya... Ain bersyukur kerana tiada apa-apa hubungan yang terikat antara dia dengan Azam...kalau betul Azam menyayanginya...sudah tentu Azam tidak memaksanya untuk menerima dirinya..kalau betul Azam menyayanginya..sudah tentu Azam tidak memutuskan persahabatan mereka begitu sahaja...dan kalau betul Azam menyayanginya..sudah tentu Azam tidak mencacinya ...

.kerana...dalam cinta..apa yang paling penting adalah kita melihat orang yang kita cintai bahagia dengan kehidupannya..tidak kira sama ada kita dapat bersama dengannya ataupun dia bahagia dengan orang yang disayanginya....

wahai pembaca..mana lebih penting?? persahabatan yang sejati atau cinta yang tidak suci??


07 April 2011

Kalau bermasalah..cuba tips ni ye..tabahkan hatimu...

dalam kehidupan...sudah tentu ada dugaan2 besar yang perlu dilalui..begitu juga aku...so, sini aku nak share something yang aku jumpa kat WORDPRESS seseorang..thanks ya untuk panduan itu..skrg aku nak kongsi ngan member2 aku plak ye...makaseh..hehhee....

Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.


Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.
Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. 


Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.


2. Buang Sikap Risau.


Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.


3. Belajar Rajin Bersyukur.


Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.


4. Belajar Menjadi Pemaaf.


Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.


5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.


Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…


6. Ubah Fikiran


Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.


7. Hati Mesti ‘Keras’.


Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.