Alkisah...
Ain (bukan nama sebenar) berkawan rapat dengan Azam ( juga bukan nama sebenar).. sekadar kawan rapat dan tidak lebih dari itu...bagaimana teman-teman yang lain rapat dengan Azam..begitu juga Ain...bagi Ain...Azam memang seorang kawan yang baik..walaupun kadang-kadang mereka bergaduh..alahh..biasalah tu...tak sah kalau tiada sakat menyakat dalam persahabatan...walaupun begitu, Ain sedaya upaya menjaga kata-kata yang keluar dari mulutnya agar tidak disalah anggap oleh Azam mahupun kawan-kawan yang lain...
Kini zaman persekolahan pun berlalu..masing-masing dengan haluan masing-masing...Dalam tempoh menunggu tawaran menyambung pelajaran..Ain dikejutkan dengan mesej yang diterimanya daripada Azam yang mengatakan Azam menyukainya...Ain terpana seketika..tidak tahu bagaimana nak menerangkan pada Azam bahawa dia cuma menganggap Azam sebagai seorang kawan dan tidak lebih daripada itu...dia tidak boleh untuk menerima Azam sebagai kekasihnya kerana pada hatinya Azam cuma seorang sahabat baginya..
Lalu dia menerangkan kepada Azam...
Ain : Zam, aku minta maaf sangat-sangat..aku tak boleh terima kau..aku betul-betul anggap kau sebagai
kawan..cuma kawan ...tidak lebih daripada itu...maafkan aku ya..
Azam: Tak mengapa..aku cuma meluahkan apa yang aku rasa..aku x paksa kau untuk terima aku...
Ain: terima kasih sebab faham...
Ain kemudian menyambung pelajarannya di salah sebuah institusi pengajian tinggi...Azam masih menunggu peluang untuk menyambung pelajaran..Pada mulanya, Ain menganggap bahawa Azam akan berhenti untuk terus memburunya..namun..semakin hari Azam semakin ligat pulak menghantar mesej2 cintanya..Ain serba salah...nak berkasar salah ..Ain tidak mahu Azam menganggapnya sebagai perempuan yang pemilih dan sombong.....nak mengikut rentak Azam pun tak boleh juga! Nanti Azam fikir dia menerimanya pulak...hmmm...
satu hari...Azam menghantar mesej kepadanya...
Azam: Aku nak kau terus terang hari ini..
Ain: terus terang apa?
Azam: kau sayang aku atau tak ?
Ain: Kenapa?
Azam: Aku cuma nak jawapan Ya atau Tidak.
dengan serba salah ..Ain membalas...
Ain: Tak.
Azam : Okay..kalau macam tu..kita putus sahabat.Anggap saja kita tak pernah kenal.
Ain: Kenapa sampai macam tu sekali??
Azam: Aku dah letih dengan keadaan macam ni....please..sampai sini saja persahabatan kita.
Ain: Sampai hati kau Zam....
Akhirnya persahabatan mereka terputus begitu sahaja...Ain redha jika itu yang diinginkan..dia tidak rela mengikut keinginan Azam kerana dalam hatinya, Azam adalah seorang SAHABAT....
mungkin juga silap percaturan daripada pihak Ain...sehingga menyebabkan timbulnya isu bahawa Ain sudah ditunangkan dengan jejaka pilihan keluarga....sekali lagi..Azam menghubunginya untuk bertanyakan kesahihan berita itu...
Ain serba salah...akhirnya...dia menjawab dalam keterpaksaan..
Ain: Ya..
Azam: Orang mana?
Ain: Orang sini juga..saudara sebelah ayah...
Azam: Oh..tahniah..
Ain agak tertekan dengan keadaan itu..nak diceritakan perkara yang betul...dia tak ingin Azam terus-terusan mengharap padanya...akhirnya..dia membenarkan penipuan itu berlaku rasa bersalah menghimpit dada.......semoga itu mampu meredakan keadaan...
namun ...kerana semua perkara tetap akan berakhir dengan kebenaran...akhirnya..rahsia itu terbongkar juga...
Ain habis disumpah seranah oleh Azam...'muka cantik tapi hati buruk...bla...bla..bla...."
Ain agak marah...namun sedaya upaya ditahannya...
namun dia bersyukur...akhirnya dia tahu siapa Azam yang sebenar....Azam bukanlah betul-betul menyayanginya...tapi setakat ingin memilikinya... Ain bersyukur kerana tiada apa-apa hubungan yang terikat antara dia dengan Azam...kalau betul Azam menyayanginya...sudah tentu Azam tidak memaksanya untuk menerima dirinya..kalau betul Azam menyayanginya..sudah tentu Azam tidak memutuskan persahabatan mereka begitu sahaja...dan kalau betul Azam menyayanginya..sudah tentu Azam tidak mencacinya ...
.kerana...dalam cinta..apa yang paling penting adalah kita melihat orang yang kita cintai bahagia dengan kehidupannya..tidak kira sama ada kita dapat bersama dengannya ataupun dia bahagia dengan orang yang disayanginya....
wahai pembaca..mana lebih penting?? persahabatan yang sejati atau cinta yang tidak suci??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan