Pengikut Terbaik!

24 Disember 2011

susah hati

Ya Tuhan, aku mohon kepadamu..semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku..

pukul 3.54 pagi ini..aku dikejutkan dengan satu berita yang sangat mencemaskan...nasib baik tak ada apa2 yang teruk berlaku...nak nangis pun ada sekarang ni...

sekarang dah tak boleh tidur..susah hati..untuk mengurangkan kegusaran..cuba menaip sesuatu di laptop...dan ini yang terhasil..

Ya Tuhan...terlalu banyak dugaan besar ku hadapi dari dulu..bukan ku mengeluh..hanya kumohon daripadaMu ...berikan aku sedikit kekuatan untuk menghadapi semua ini..

20 Disember 2011

Ujikaji

tengah-tengah pagi buta ni, tiba-tiba satu idea nakal masuk kat kepala.....iaitu...tukar nama kat facebook...tak lama..24 jam jer..bermula sejam yang lepas..hehe...saya nak tengok..ada tak member yang tercari-cari saya..=)

sebab ada pepatah mengatakan..

bila sesuatu itu di depan mata, kita tak pernah hargai..
tapi bila ia dah tiada/pergi...baru kita mula nak menghargai dan tercari-cari...

saya nak tengok..sama ada betapa beharganya saya atau tidak bagi orang-orang sekeliling saya...

17 Disember 2011

terlupa!

aku  telah melakukan satu kesilapan besar sekali lagi. Kesilapan yang pernah aku lakukan pada masa-masa yang lalu....hmm... macam mana lah aku boleh lupa apa yang telah berlaku pada masa lepas setelah melakukan kesilapan yang sama berulang- kali???? hmmm...

rasanya aku macam dah lari daripada prinsip diri aku sendiri...

baiklah...

sekarang...

sesi pemulihan kendiri akan dilakukan...

aku boleh lakukannya!


16 Disember 2011

Bengkel Pengukuhan Kedua University Ambassador di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS)_AKEPT , Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan


9,10, dan 11 Disember yang lepas..sekali lagi, aku menyertai bengkel pengukuhan untuk kali kedua sebagai University Ambassador di Akademi Pengajian Tinggi (AKEPT) Bandar Enstek , Nilai, Negeri Sembilan ..tak dinafikan..antara sebab yang kukuh aku menyertai bengkel ini adalah kerana makanannya yang SEDAP! haha...memang sebab yang kukuh, namun aku tetap memberikan komitmen sepenuhnya terhadap tugas aku sebagai UA ( University Ambassador) ..bukan senang nak memenuhi pengisian bengkel ini..terpaksa 'dera' otak untuk memerah idea yang memberansangkan bagi pengisian program iParents 
yang akan dijalankan sekitar awal Mac 2012 dan gerak kerja pula bermula pertengahan Januari 2012.. 
UPSI membawa  "cara meningkatkan penguasaan Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar''.
Kalau selalunya kita akan 'spot' pelajar dalam program-program pendidikan seperti ini. Tapi kali ini, team 
saya akan membawa pembaharuan. kita akan 'spot' golongan ibubapa pula dalam program ini. Golongan yang masyarakat rasa tidak mampu membawa sebarang perubahan dalam pendidikan dan hanya mampu memberi nafkah kepada anak-anak mereka..SALAH!! kita nak tunjukkan bahawa golongan ibubapa mampu memberikan inspirasi kepada anak-anak untuk berjaya  dalam penguasaan sains dan matematik .( Walaupun aku bakal guru Bahasa Melayu) hehe.. pengisian bengkel ini akan ku kongsikan kemudian memandangkan ia masih dalam perbincangan lagi..di sini aku sertakan beberapa gambar sepanjag bengkel berlangsung..


sesi pembentangan UA dari universiti lain


terlalu khusyuk sehingga tak sedar gambar diambil

pemandangan di kawasan penginapan

bilik penginapan saya





sempat lagi dia posing..hehe

dua serius....tapi yang tepi tu plak .....ehehhe



meja berselerak..seiring dengan betapa berserabutnya otak masa tu..









07 Disember 2011

Because I'm Stupid



Im really very foolish
I know of no one other than you
Youre looking at someone else
Yet you have no idea pf my feelings like this

I wont be in your days
I wont be in the memories either, however
Only you, I looked only at you
And the tears keep coming

As I watch you walking past
Im still happy
Even yet you still dot know my heart
I should stop this and go

I really want to see the day
Im still withstanding the pain each day
I love you is playing on my lips
Alone once again crying for you
Alone once again missing for you
Baby I love you Im waiting for you

I wont be in your days
I wont be in the memories either, however
Only you, I looked only at you
Im making memories alone

Loving you is like having a beautiful wound
I look at your pretty smile also
But I cannot laugh with you

Im thinking about you so much every day
My heart is hurting in all these sad days
I want to see you is playing on my lips
Alone once again crying for you
Alone once again waiting for you
Baby I love you Im waiting for you

Bye, bye never say good bye
Even though I cannot hold you like this
I need you
I cannot say anything more
I want you
I keep hoping too
Ill keep hoping

I really want to see the day
Im withstanding the pain each day
I love you is playing on my lips
Alone once again crying for you

Im thinking about you so much every day
My heart is hurting in all these sad days
I want to see you is playing on my lips
Alone once again crying for you
Alone once again waiting for you
Baby I love you Im waiting for you

01 Disember 2011

sedar...kehiidupan realiti tak macam dalam drama..haha!

perkara itu sangat memalukan...tapi apa boleh buat...benda dah nak jadi...

kalau dalam drama cinta-cinta...

heroin jatuh sikit jer..jatuh terduduk pun...dah siap kena angkat oleh sang hero..trus bawa ke klinik ataupun lebih hiperbolanya lagi...terus check up kat hospital...padahal...screcth sikit jer kott...

tapi....

dalam realitinya...

masa aku jatuh tersungkur yang serius tersungkurnya tadi...dan di saat ramai yang menyaksikannya..aku terbaring di simen dengan lutut dan tangan yang berdarah....takde sorang pun nak tolong papah aku...jangankan nak tunggu hero datang tolong.....mana-mana perempuan pun tak datang tolong....huahuahuhau.....trus lenyap segala harapan aku untuk menjadi seperti heroin dalam drama..

kesimpulannya tadi..selepas aku jatuh tersungkur..aku pun bangunlah dengan sendirinya..dengan wajah yang cool...hehehe...(walaupun sakit kat lutut dan tangan ni rasa berdenyut-denyut)....

eer...lupa nak cakap..aku jatuh tersungkur sebab terpijak kain baju kurung aku sendiri,,,,hahaha...


oleh itu,

pengajaran untuk hari ini ...

aku harus jaga 'tepi kain' aku sebaik-baiknya agar tak jatuh lagi...dan aku tak boleh mengharap dunia realiti seperti dalam alam fantasi mahupun drama...berdikari la beb!!hahah!

sekian..'

salam sayang dari aku..

p/s: ( aku sedang berusaha memulihkan trauma dan mengembalikan semangat aku yang hilang tadi ..hahaha)

不夠勇敢_not enough brave..183 clubs

Love this song...fahami liriknya...=)

Nak!!


serius ...aku nak benda ni..sapa yang boleh dapatkan aku benda ni..aku sayang dia 100 kali...hehehe..

aku yang memBESAR!

hari berganti hari,,,bulan tukar shif..tahun pun sentiasa nak kedepan...baru aku sedar...aku sudah membesar menjadi seorang anak dara kepada mummy and daddy aku..haha..so,aku pun belek-belek balik gambar-gambar aku dari kecik hinggalah ke besar...dalam album...bukan yang ada dalam laptop tau..tak banyak yang ada dalam laptop...maklumlah..dulu-dulu 'tangkap' gambar guna KODAK yang kena 'cuci' kat kedai dulu baru nampak hasilnya..haha..apa-apapun...nilah urutan kejadian pembesaran aku...huahuahua...

okay..mula-mula yang ni..tak pasti sangat berapa tahun..3 tahun lebih kot...


 okay..ni 6 tahun...korang jangan gelak yer..ini memang realiti diri aku..aku pernah begini suatu ketika dahulu

okay..yang ini time form 4..kekurusan melanda waktu itu...


okay fine..time form 6...aku mula menunjukkan tahap kesihatan yang sangat baik! haha!

gambar tahun 2010...meneruskan kesihatan yang sangat baik...=)


terbaru!! semua komplen yang aku makin sihat! yea! yea! i know!! tolong jangan terus-terusan cakap aku makin sihat tau..sensitif...terasa hati, jantung,limpa,usus aku ni...


sorila..sebab gambar masa besar je banyak dalam laptop..nanti bila balik rumah..aku akan scan semua gambar-gambar waktu kecik..nak simpan dalam laptop..buat tatapan ketika duka..supaya sedar..betapa aku sudah melalui banyak perkara, cabaran, dugaan.. dalam hidup aku...barulah aku menghargai diri sendiri...

sekian, 

aku yang ikhlas menulis entry di pagi-pagi buta..

=)


kahwin..

nguek...nguekk...

allo..

hmm...lama tak tambah Coretan Aku ataupun Suka-suki kat blog aku ni..huahua...walaupun aku tau yang blog aku ni tak ramai 'viewers' ..haha...segala-gala yang aku 'record' kat sini adalah khasnya untuk diri aku sendiri..sebab..bila masa bosan tiada benda nak dibuat atau tiada kawan yang nak disampuk dikacau ..aku akan melawat tapak gila-gila aku ni...aku baca jampi balik semua perkara yang aku letak kat sini....aku akan gelak sorang-sorang (kalau entry tu kelakar laa) ataupun......aku nangis meraung-raung air mata darah jenis O (bila aku ada letak entry sedih) ...

actually kan,,,

tak lama lagi..

aku akan KAHWIN..

maka berakhirlah zaman bujang aku..

yang seterusnya..akan kuhabiskan sisa-sisa makanan hidup aku bersama dia yang tersayang...

rasa sedih la pula..

err...

okay-okay...
.
.
.
.
.

aku TIPU...

hahahah!!!

macam mana nak kahwin..

siapa 'dia' pun aku tak tahu...

hahhaa...

bukan apa terkeluaQ ceta pasal kahwin ni...

tak lama lagi..ada seorang kawan aku ni nak kahwin..10 disember ni...

sorry beb...aku tak dapat pigi hari bahagia kau...

aku doakan kau dan dia bersama hingga ke degup jantung yang terakhir..

hehe...

apa???

aku??

aku lama lagi beb...

nanti-nantilah...

belum ada calon lagi..

kau carikan untuk aku boleh??

apa????!!

tak nak???!!

aku carikan sendiri???!!

okay-okay...

hahha...

sekian saja entry kali ini...

maaf...

entry kali ini takda isi-isi penting untuk diHIGHLIGHT..

next entry lah yer...

hehe..

30 November 2011

Baby Now I need You by my side



Not Brave Enough

Being beside you

Looking at your smiling face

Smiling so sweetly

He gave you a vow

Don't dare to complain

Because I am willing

If one day

You can see my love

A little day by day

You slowly go away

I am actually neglected like the air

Can only blame myself for not loving you bravely

Continuously ignoring your faith in me

Let the rocks sink into the deep sea

baby now i need you by my side

How do I let go of the past

without you i can't fall in love again

without you i can't

oh baby i can't fall in love again

i cant never fall in love

till the end of time in a world so close to me

im just so in love with a girl whos in my heart

each and everyday i wanna have you next to me

and i side to the world i'll never let it end

I actually know

Until one day

Realize you won’t have a smiling face anymore

True Love..

Memory as wonderful as amusement parks


We like a couple of lover, loving each other.


Happiness shouldn't be not without doubt.


Just blame our self too playful


Missing (feeling of missing someone) like soft clouds


And quietly you lie(recline) in my heart


I like a self-willed missing child.


Tightly hugging alone.


We have already understand and regret once.


Once you missed the love, it will be difficult to come again.


Don't be afraid to confess or easily fear failure.


Forget to whether should do it or not.


Where to get back pure love, find back all regret.


The true of love will be untie.


Give me more hint to piece together unknown.of unexpected.


Losing memory of first love.


I feel wonderful how you forget.


You carrying the memory and leaving away.


Heart beat is the only call


Remind us, once we are lover



Your smile like a magnificent sunlight.

With great care, stored in my bag.

You give me warm feeling, when I feel weak(heart break)

Nobody can replace

Once we understand and regret.

Once missed, hard to return.




23 November 2011

Baktisiswa Bersama Masyarakat Felda Kemendor,Jasin,Melaka

Pada semester yang lepas..aku mengikuti program baktisiswa bersama masyarakat felda kemendor di jasin,perak..tak ingat tarikh dia dah...rasanya pertengahan januari 2011 kot..sewaktu program ini dijalankan, kami tinggal di rumah keluarga angkat masing-masing...seronok sangat! sebab aku dapat keluarga angkat yang sangat baik!! sayang kat mak!


maaf sebab tak dapat nak letak gambar banyak..ni jer yang aku jumpa kat laptop aku..hehe..

Derma Darah_tahun 2010

aku rasa..derma darah ni boleh dilabelkan di bawah aktiviti kemasyarakatan kot...sebabnya..aku buat sesuatu untuk masyarakat..hehe..derma darah ni pertama kali aku lakukan tahun lepas..mula-mula..aku tak beritahu pun mak ayah aku yang aku nak derma darah..pasti mereka tak kasi punyaa....hahha...niat dalam hati ni tinggi sangat..so, aku decide..aku derma dulu then baru beritahu parents yang aku derma darah...hahaha...baikkk punya anak dara mak dan ayah ni....

tau apa yang berlaku???

dapat agak kan???

hehe...

apa dia???

kena marah???


mm...

yaa!!!!

betul!!!


100 markah untuk anda! hahha


sambung cerita...

then,mak ayah aku pun membebel la...bukan apa..aku tau mereka risaukan aku...hehe..aku cakap lah yang aku tak apa-apa..last-last..mereka terima juga kenyataan tersebut..nak buat apa juga...anak dara dorang yang sorang ni memang degil sikit...haha


ni antara gambar-gambar yang sempat ditangkap sewaktu aku derma darah..thanks to Gee the Photographer,,,ehhehe

acting yang melebih-lebih...ahahha



yeah..i'm fine...look! i give my peace to you!


napa??? takut erkk??


senyum bahagia...lega..hajat tercapai...er...ada ke orang buat hajat nak derma darah??haha



 ini saya yang punya!! yeayea!!


 tak habis-habis dengan peace!

dengan teman yang bernama Fatin Ilani..dia nak derma darah..tapi tak dapat..maklumlah ..berat tak cukup..haha...saya?? berat saya??ehh...tak usah ditanya..pasti-pastinya lah lebih...hahaha




pam darah sendiri tau..nurse tengok jer..hehe..sedar-sedar je darah dah penuh dalam beg..

inilah hajat aku sejak dari zaman sekolah dulu...baru-baru ni dah dua kali aku nak derma darah..tapi dua-dua kali tu juga tak dapat..sebab kandungan haemoglobin aku rendah...aku tak cukup rehat dan tak cukup protein kata doktor...

okaylah doktor...lepas ni saya akan makan ikan banyak-banyak..=)

photoshoot_by adik tercinta..haha

gambar lepas tamat tingkatan 5..sekali sekala melaram kat rumah..then adik tangkap gambar...






22 November 2011

Hadapi Dengan Senyuman_dewa 19


Walau dalam hati ombak mengganas...saya tetap akan memberikan senyuman...kerana satu-satunya kekuatan yang tinggal ketika hidup penuh dengan dugaan ...hanyalah SENYUMAN...


ingat selalu...

Sudah setahun lebih dia pergi...pergi yang tak kembali...sememangnya aku sedang cuba menerima kenyataan tersebut...namun tiada sehari pun aku tidak pernah  tak mengenangkannya...mungkin kerana dia sememangnya membawa pengaruh besar dalam hidupku....menangis??? tidak dapat disangkalkan....sayangnya aku kat dia..tak mampu kugambarkan dengan kata-kata...

cari yang lain?? mulakan langkah baru??? ya, sedang cuba kulakukan...namun tidak semudah itu aku mampu mengalihkan posisi dia dalam hati aku kepada insan yang baru...bukan cerewet..bukan memilih...cuma rasa tidak adil untuk dia apabila aku dengan senangnya menggantikan posisinya dengan insan yang tak sesuai pun dengan aku..sama ada aku layak untuk insan itu mahupun tidak...

apa-apapun...ku sentiasa berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa...agar suatu hari nanti...aku dipertemukan dengan insan yang ikhlas menyayangiku...tak ingin menangis lagi...

kepada dirimu yang disana...semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

17 November 2011

Bengkel Pengukuhan University Ambassador 11-13 November 2011


betul-betul memberikan perhatian...sampai tak sedar gambar diambil..


Cikgu Bahasa Melayu tengah perah otak fikir bagaimana nak mempertingkatkan penguasaan subjek sains dan matematik dalam kalangan pelajar...bayangkan...


bersama sahabat tersayang..kemana pergi..sentiasa akan ku kendong...hahha...


memberi penuh perhatian terhadap pembentangan...


sempat bergambar ye...





macam tak pernah nampak air 'gedegang'...hahha


cuba teka..siapalah yang makan banyak sangat ni....ahhaha

kena tandatangan kehadiran tau...

Datuk Azlan yang sangat besttt!


Duta UPSI


Bersama rakan duta universiti lain...


kesimpulannya..program seperti ini sangat bermanfaat kepada semua orang...menguji tahap kognitif, bagaimana nak mengatasi cabaran masa kini..dan bagaimana nak berfikir di luar kotak pemikiran kita...sangatlah rugi kalau tak join...kita jumpa pada pertemuan seterusnya..=)

Cinta Elysa

Episod 1

Episod 2

Episod 3

Episod 4

Episod 5

Episod 6

Episod 7

Episod 8

Episod 9

Episod 10

episod 11

episod 12

episod 13 (akhir )

sekian sahaja drama Cinta Elysa....hehe..





31 Oktober 2011

Bingung

Semalam,

aku mimpi sesuatu yang sangat pelik,

mimpi yang agak mustahil untuk aku lakukan,

walaupun orang kata, mimpi itu mainan tidur..

namun mimpi yang ini, mimpi yang menjadi tanya tanya selepas tidur..

andai aku mampu mentafsir maksudnya..

kalau yang dimimpikan itu benar-benar terjadi,

ku terima dengan seluas-luasnya hati yang ikhlas..

tetapi mesti banyak dugaan yang aku tempuhi untuk ke arah itu..

mungkin mimpi itu..

terhasil oleh kehendak jiwa,

namun terbantut disebabkan realiti kehidupanku sekarang..

semoga persoalan ini terjawab suatu hari nanti..

dengan kebahagian dalam kehidupan..

Penyambung Ilmu

Cikguku,
Aku penyambung ilmumu yang gemar bermadah,
Merungkai monolog yang sarat sejuta makna,
Inginku selam lautan ilmumu,
Agarku tahu erti jerih perih pengorbananmu untuk itu.


Cikguku,
Ketika aku kaku menerima cahaya keilmuanmu,
Kau pikat hatiku dengan kelincahan alunan bahasamu,
Kau robek jiwa gelapku,
Kau ganti dengan jiwa kehausan ilmu.


Kini,
Kujejaki lantai bumi yang pernah menjadi impian,
Kini,
Aku bukan lagi pelarian dalam kehidupanku sendiri,
Kukumpulkan,
Kukautkan segala kekuatan dan semangatku,
Kucuba meniti laluan yang pernah kau jejaki dahulu.


Cikguku,
Andai suatu hari namamu tidak lagi kuingati,
Serpihan memori tentangmu tetap terlekat di dasar ingatanku,
Untuk selamanya.


Terima kasih cikgu,
Kau pelita penerang jiwa bangsa.

29 Oktober 2011

Twinkle Twinkle Little Star...tidurkanlah aku..=)


Bini-Biniku Gangster


Tikus yang comel..hahah!


321 cinta


Nak kejutan sebegini!!


Girls dont know..huhu..but i know..


If_taeyon


Lagu yang sangat bermakna dalam hidup aku


lonely



Wahai hati...
mengapa kau sering ingin menangis....
hmm..
apa yang kau rasa kurang sebenarnya???

23 Oktober 2011

GAGAH BERANI

Alang-alang dah terbangun pagi buta ni...aku nak senaraikan kriteria CALON SUAMI yang aku idam-idamkan sangat...

1. CARING itu sudah tentulah..hehe
2. Nak yang ROMANTIK..
3. sudah tentu nak suami yang BAIK kan....
4. jaga hubungannya dengan Tuhan...

sebenarnya yang paling penting aku nak tekankan di sini....

Aku nak suami yang GAGAH BERANI....!!!!

tau tak kenapa???

sebab aku baru jer terbangun gara-gara LIPAS merayap kat aku...
sekarang tak dapat tidur dah!
macam mana niiiiii?????arghhhh!

kalo ada suami yang GAGAH BERANI yang TAK TAKUT dengan LIPAS...senangla hidup aku nanti ..dapat tidur dengan tenang,,,,,,,

take note yea....

aku nak suami yang GAGAH BERANI bunuh lipas!!!!

heehehe