Pengikut Terbaik!

21 Disember 2012

Kuliah terakhir semester 5 .. :D

Salam sejahtera..

saat ini..aku berada di dalam kelas terakhirku buat semester ini...kelas sepatutnya pukul 8 hingga 10 pagi..tapi pensyarah belum masuk lagi buat masa ini..memberikan aku peluang untuk melakar coretan di sini..hehehhee... antara sedar dengan tidak,.semester 5 sudah sampai ke penghujungnya..semester ini berlalu dengan cepat..mungkin kerana aku tenggelam dalam assignment yang bertimbun-timbun..banyak perkara yang berlaku sepanjang aku menjalani semester 5 ini..ada yang pahit dan ada yang manis..walau apapun..aku terima semua itu dengan tabah..semua yang berlaku ada alasannya yang tersendiri...dan semuanya mungkin berpunca daripada kekhilafan aku sendiri...

semester 5 ini juga..banyak perkara yang aku sedari..terutamanya dari segi SAHABAT..siapa yang ikhlas bersahabat dengan aku..dan siapa yang bersahabat dengan tujuan tertentu....yang mencariku bila dalam kesusahan..tetapi bila aku susah...memberi 1001 alasan untuk mengelak daripada membantuku...walaupun aku sedar tentang perkara itu..aku hanya diam dan senyum sahaja..sebab mungkin salah aku sendiri..membuka ruang diri terlalu besar sehingga membuatkan orang lain mengambil kesempatan terhadap aku..tidak mengapa..yang penting aku cuba mengikhlaskan diri..cuba..

selain itu..semester ini juga mengajarku bahawa pengurusan masa itu penting..aku masih lemah dalam menguruskan masaku..membuatkan assignmentku bertimbun-timbun dalam satu-satu ketika..bila assignment terlalu banyak dalam satu-satu masa..membuatkanku jatuh sakit..dan DR juga telah mengesahkan aku mengalami migrain dan STRESS! jika kalian tidak mahu menjadi sepertiku..uruslah masa kalian dengan baik ye..hehehe

semester ini juga aku melakukan kesilapan besar dengan memberikan maklumat tidak betul kepada rakan-rakanku tanpa mendapatkan usul periksa terlebih dahulu mengenai maklumat tersebut..kesilapan BESAR aku..maafkan aku ya rakan-rakan...

semester ini juga..aku..aku semakin SIHAT!!!! ahahhaa...sekian buat masa ini..

salam sayang,
Cristine Teo

16 Disember 2012

Nak Anak Buah!!!


Salam sayang..
Tengah hari tadi aku menerima panggilan daripada mak su ku..dia bercerita tentang anaknya iaitu adik sepupuku yang bernama Andrea yang baru nak masuk tahun tiga sibuk bercerita tentang ANAK BUAH memandang rakannya iaitu jiran sebelah rumah mereka sudah mempunyai anak buah..

Butir-butir perbualan mereka…

Andrea   : mi..mi…kawan sebelah sudah  ada anak buah…saya ada anak buah tak mi? Abiey tu anak buah saya ke mi?

( Abiey merujuk kepada sepupuku yang seorang lagi iaitu anak pak ngah ku)

Mak su: bukanlah..abiey tu kan sepupu kau…kau mana ada anak buah lagi..kalau kakak (aku) kau kahwin..barulah kau ada anak buah…

Andrea: alaa..lama lagi ka kakak kahwin??? Nak anak buah!! Nanti kalau kakak kawin..ada anak..jadi anak kakak, anak buah kami lah mami??

Mak su: ya..anak buah kamu….

Andrea: jadi nanti..Angel (adik bongsu andrea) jadi aunty paling kecil lah mami??

Mak su: iyaa..

Andrea: nanti kalau kakak kahwin…kakak punya suami kami panggil apa lah mami??uncle??

Mak su: aikkk! Apa pula uncle…??kamu panggil kakak kamu ‘kakak’ kan..jadi..panggil la suami dia abang…(mak su ketawa)

Andrea: ohh..panggil abang…hehehhe..bila kakak mahu kahwin ni mami??

Mak su: kakak kau pun belum ada ‘kawan’..macam mana kamu nak ada anak buah cepat??hhhaa

Andrea: alaa…suruhlah kakak cari cepat-cepat……(buat muka monyok)

Itulah butir-butir perbualan antara mak su dan andrea yang diceritakan oleh mak su kepada ku..hahhaa…nampaknya..adik-adik sepupuku tidak sabar untuk mempunyai anak buah..terpaksalah aku berusaha keras lepas ni untuk mencari calon abang mereka....hahhahaa..mak su menyuruhku agar cepat-cepat sikit mencari calonku.. :D

Tapi..nak cari kat mana ekk?? Anyone??can help??hik3x…


Andrea.. (yang banyak celoteh.. ^_^)

06 Disember 2012

Coretan kala lapang


Salam sejahtera  penatap ruangan blogku.. ^_^ ,

Sudah lama rasanya jari-jemari pendek ini tidak menari di atas papan kekunci ini melakar cerita hati kerana sering kali hanya memuatkan entry berbentuk informasi sahaja. Kali ini, hatiku membenarkan jari ku melakar satu gambaran tentang dirinya..

ada yang bertanya, aku sudah berpunya atau belum.. ya, aku belum berpunya..hari itu?? Hmm..pernah ‘terlanjur’ untuk meletakkan title ‘sudah berpunya…tetapi hanya pada nama..tidak pernah berjumpa pun sepanjang perhubungan itu.. ya, aku pernah memiliki perasaan itu kepada dia..suatu ketika dahulu…tapi saat aku mendambakannya..dia tidak tahu akan itu…tetapi saat dia dekat..rasa itu sudah hilang…apabila dia dekat?? Huhu..aku sendiri tidak pasti akan keikhlasannya saat dia memintaku menjadi teman rapatnya..sejujurnya..aku rasa pada masa itu dia hanya rasa keseorangan..dan hanya aku yang ada di saat dia rasa sunyi..dan aku juga terlanjur untuk berkata ya..sebenarnya sedikit menyesal waktu itu…ya, hubungan tanpa rasa..memang tidak akan sampai ke mana..hubungan itu sekejap saja..aku tidak ingin terus-terusan menganiayai hati aku sendiri dan aku juga tidak ingin menganiayai dia..wahai awak..kalau awak baca entry ini..maafkan saya ya.. saya cuma tidak mahu seksa hati saya dan juga hati awak…

sejujurnya, bukannya aku tidak sedar.. ada juga insan yang cuba merapati diriku..tetapi kadang-kadang pilihan yang terbaik aku boleh buat adalah buat –buat tidak tahu sahaja…bukan nak jual mahal ya..aku tidaklah sebaik manapun..malah sejujurnya, aku kurang berkualiti untuk jadi seseorang yang akan prihatin terhadap insan berlawanan jenis..buat masa ini…

hatiku seperti tertutup buat masa ini..bagi sesetengah orang..keadaan ini mungkin sangat membimbangkan..tetapi untuk diri aku..aku tak bimbang lagi..mungkin belum sampai giliran aku lagi…dan mungkin aku belum cukup matang lagi dari segi soal perasaan..belum bersedia untuk bertanggungjawab menjaga hati orang lain..ya, jangan melangkah ke alam percintaan jika hati anda tidak bersedia..itu pengajaran yang aku dapat dari kisah lalu…

dengan izin Tuhan, semoga aku mampu menyimpan hati ini hanya kepada yang berhak memilikinya..kerana hati kita cuma satu saja..kalau hati luka..susah untuk pulih..lebih teruk lagi..kalau hati ini dibawa lari oleh insan yang tidak bertanggungjawab..bagaimana??

di saat ini, ramai rakan yang ku kenali..sedang berlumba-lumba mencari pasangan..kalau berhasil menjadi pasangan hidup..tahniah aku ucapkan..tetapi kalau setakat untuk menghilangkan status ‘single’ itu..baiklah kiranya anda hentikan perlumbaan itu.. kerana akhirnya..hanya kelukaan yang anda terima..jangan sia-siakan hati anda..percayalah..masa yang sesuai untuk itu akan tiba juga dalam hidup anda.. andai jodoh, tidak akan kemana..

apa??kalau tiada usaha..mana nak jumpa jodoh???

Huhu..tentang soal itu..janganlah dirisaukan..jodoh itu suratan..bukan paksaan..walau apa jua cara sekalipun anda cuba mencari ke seluruh pelosok dunia dan cuba memaksa pasangan anda terus berada di sisi anda..andai jodoh anda bukan dengan si dia..anda tetap tidak akan bersama si dia..tetapi..andai anda nikmati hidup yang anda jalani sekarang dengan sepenuhnya.. yakinlah..akan ada yang memandang anda..menerima diri anda seadanya..dan di saat dia menghampiri anda..dan anda mampu tersenyum saat teringat padanya.. menerima sisi yang paling buruk dalam dirinya..maka dia yang terbaik untuk diri anda..

Oleh hal yang demikian, rakan-rakan doakanlah semoga hati saya hanya memandang kepada insan yang sepatutnya..doakan saya mampu mengubah kelemahan saya..doakan saya mampu memperbaiki sedikit demi sedikit kekurangan diri saya..doakan saya menjadi sebetul-betulnya ‘insan’..

Sekian coretan kali ini..memandangkan jari ini keletihan menari tanpa henti..

Salam sayang,
Cristine Teo

05 Disember 2012

Berdengkur


Apa itu berdengkur?

      Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

Sebab-sebab berdengkur

           Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak. Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.

       Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran. Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

Komplikasi

         Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur.'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.

Rawatan

Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan?

        Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.

Rawatan untuk dengkur

        Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid".Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.

Pencegahan

Petua untuk mengurangkan dengkuran:
  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
  • Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang 

Beguk


Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Beguk?

Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti.
Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Mulut kering dan hilang selera
  • Keletihan
  • Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid
Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.

Adakah ia satu penyakit yang ringan(biasa)?

Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:
  • Encephalitis(Pembengkakan pada otak)
  • Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak)
  • Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas)
  • Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
  • Pekak
Bagaimanakah ia dirawat?

Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
  • Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
  • Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.
Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit ( iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.

Bolehkah ia dicegah?

Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini

Bau Badan

Apakah yang dimaksudkan dengan bau badan?
  • Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau
  • Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari


Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?
  • Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan
  • Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan
Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?
  • Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
  • Bau badan hilang selepas mandi
Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah bau badan?
  • Gunakan sabun anti bakteria
  • Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)

Batuk


Pengenalan

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk
  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Rawatan
  • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
  • Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
  • Berhenti merokok
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
  • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.
Bila anda perlu berjumpa doktor?
  • Batuk yang mengeluarkan darah
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara
  • Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
  • Semput / sesak nafas, sakit dada
  • Demam yang berpanjangan
  • Mengandung
  • Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
  • Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
  • Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan
Pencegahan
  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik
  • Minum banyak air
  • Tangani tekanan dengan baik
  • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
  • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
  • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
  • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)
Soalan Lazim

Adakah benar ubat batuk berbentuk sirap yang mahal lebih baik daripada gula-gula ubat batuk?
Tidak.
Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.

Batuk Kering


Pengenalan
Apakah batuk kering?
Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan kuman 'tubercle bacilli'. Ia disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai 'pulmonary tuberculosis'. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta pesakit maut. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering direkodkan di Malaysia dan 966 dari padanya maut.

Tanda dan Gejala
Apakah gejala batuk kering?
  • Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
  • Batuk berdarah
  • Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Hilang selera makan atau turun berat badan
  • Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
  • Mudah letih dan lemah
Apakah perlu saya lakukan sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut?
Sekiranya ada, anda perlu dapatkan pemeriksaan:
  • Ujian kahak yang dilakukan di klinik kesihatan atau hospital
  • X-ray dada
Pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan.

Komplikasi
Adakah batuk kering merbahaya?
Sekiranya tidak dikesan, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Rawatan

Adakah batuk kering boleh sembuh dan apa rawatannya?
Ya, ia boleh sembuh. Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan sistem DOTS (Directly Observed Treatment Short course)yang diiktiraf oleh World Health Organization. Ia bermaksud ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu.
  • Rawatan perlu diambil selama 6 bulan
  • Ubat hendaklah diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan terlatih sepanjang rawatan
  • Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4 bulan
  • Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit dapat sembuh
Pencegahan

Bagaimana saya boleh mencegah batuk kering?
Terdapat beberapa cara pencegahan:
i.                Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
  1. Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
  2. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
  3. Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh bakteria di udara.
  4. Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik
  5. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
Kumpulan sokongan
  • Sila rujuk pejabat kesihatan terdekat untuk sebarang pertanyaan
  • The Malaysian Association for The Prevention of TB (MAPTB) atau Persatuan TB Tempatan