Pengikut Terbaik!

Kembara Saya

Dilahirkan pada tarikh yang sangat cantik iaitu 23 April 1990 oleh seorang ibu yang sungguh mulia di mata hati serta dengan ketulusan seorang ayah yang membesarkannya menjadi seorang kanak-kanak yang tidaklah senakal mana...kanak-kanak yang tidak pandai meminta namun agak sensitif....

Memasuki alam ABC ketika berusia 6 tahun di Tadika KEMAS Batu Danau,Limbang...dia belajar...belajar tentang kehidupan..belajar apa itu ABC..belajar apa itu 1,2,3...juga belajar apa itu MERAH, HIJAU,BIRU..juga belajar banyak lagi....dia suka...dia buat bersungguh-sungguh..namun belum cukup menyerlah...

Memasuki alam sekolah rendah..SK BATU DANAU LIMBANG sentiasa dalam hati...dia mula mengenali lebih lanjut tentang kehidupan..mula kenal erti persaingan..persaingan secara sihat....dalam pelajaran...agak menyerlah berbanding yang lain...pembakar semangat untuk adik-adiknya agar lebih bagus daripada dirinya...UPSR agak baik..namun belum cukup baik....dia sedih...menghampakan harapan orang tuanya..namun apa yang berlaku tidak akan dapat diubah....dia terpaksa redha...

kerana tidak cukup berjaya..singgahlah dia di SMK SERI PATIAMBUN LIMBANG..mengenal pelbagai ragam...mengenali ramai orang...namun Tuhan cuba memberikan dia peluang kedua....

dia ditawarkan di SM SAINS LABUAN....dia jatuh cinta dengan sekolah itu..dia berazam untuk buat yang terbaik di situ..namun...dia agak leka...hampir lupa dengan tujuan asal....PMR sekadar untuk melayakkan dia terus berada di situ..naik ke tingkatan 4..keadaan kian teruk..dia semakin lupa..mengapa???mana semangat dia yang dulu?? Tuhan memberikannya pengajaran..SPM jauh lebih teruk..berbanding kawan-kawan yang mendapat keputusan yang sangat gempak dan menjanjikan masa depan yang cerah...

dia menangis...setiap hari..apa guna begitu????dia tahu dia telah menconteng arang ke muka orang tuanya....nak salahkan siapa atas apa yang berlaku???..hmmm... itu salah dia sendiri.....keinsafan mula timbul.....dia berjanji tidak akan mensia-siakan sekiranya dia masih ada 1 peluang lagi...

Tuhan maha penyayang,maha mendengar..masih memberikannya peluang..sekurang-kurangnya masuk tingkatan 6 di SMK KUBONG LIMBANG....pada mulanya dia malu...malu kerana cuma dia yang terperosok nun di tingkatan 6...sedangkan kawan-kawan yang lain.....maju lebih jauh darinya....

kali ini dia memang betul-betul berazam...menganggap bahawa itu satu-satunya peluang terakhir....dia berusaha bersungguh-sungguh..sangat dikagumi..dia betul-betul bersemangat serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi..dia berjanji untuk tidak membuatkan oran tuanya menangis lagi...kerana itu...Tuhan memberikannya satu hadiah yang sangat besar..setimpal dengan usahanya...dia CEMERLANG dalam STPM...dia menangis kegembiraan.....ayahnya juga menangis..tapi kali ini penuh dengan kesyukuran.. Ya Tuhan, terima kasih atas pemberianmu...ayah, kejayaan ini untukmu...

kejayaannya menjanjikannya mendapat pilihan pertamanya dalam menyambung pelajarannya...dapat! dia menangis lagi...begitu juga dengan orang tuanya....dia tidak kisah..kerana itu air mata kegembiraan....

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS....di situ dia ditempatkan....dia bersyukur...impian menjadi nyata.....

kini dia di semester keenam...doakan agar dia terus bersemangat di situ.............