Pengikut Terbaik!

26 Mac 2012

Pendam_Shahir


Hasrat hati tak semestinya dapat diluahkan...
sebab mungkin ia akan jadi derita dalam kehidupan..
aku hanya mampu memendam apa yang hati aku inginkan...

16 Mac 2012

Iklan Yang sangat meruntun jiwa..

klik satu demi satu iklan yang ada di youtube..aku tercapai beberapa iklan yang aku sendiri tidak mampu menghalang titisan jernih keluar dari tubir mataku...



selepas melihat kesemua iklan ini..aku mulai insaf..betapa sebuah kehidupan itu terlalu berharga..jangan pandang remeh dengan kehidupan diri sendiri apatah lagi orang lain...

hargai kehidupan kita..

jadikan kehidupan kita sesuatu yang berbaloi...




14 Mac 2012

Awak buat tak apa yang awak kata?


Awak kata awak nak cari perempuan yang baik untuk dijadikan teman hidup…
Kenapa awak masih berdamping dengan perempuan yang keluar dengan awak tanpa kebenaran ibubapanya? Malah awak bercadang untuk menjadikan dia isteri awak..Awak nak perempuan yang baik dengan awak saja atau yang baik dengan ibubapanya juga?
Awak kata awak tak memilih paras rupa dan fizikal untuk dijadikan teman hidup…
Kenapa awak pilih perempuan yang lebih ramping itu walaupun awak tahu yang seorang lagi itu hatinya lebih suci daripada  si ramping yang awak pilih itu?
Awak kata awak nak wanita yang menjaga agamanya…
Tapi adakah awak menjaga agamamu sepenuhnya seperti mana kesempurnaan yang kau mahukan pada bakal isterimu?
Awak kata awak nak wanita yang sangat menjaga maruahnya..
Tapi adakah hubungan awak dengan wanita tersebut tidak mencemarkan maruahnya di mata orang yang melihat perhubungan kamu?

Kalau kesempurnaan itu yang anda cari..anda tidak akan menjumpainya..
Tapi anda boleh membentuknya..pada diri si dia yang anda yakin boleh bersama anda seumur hidup…bukan seumur hidup anda..
tetapi seumur hidup dia…