Pengikut Terbaik!

22 Oktober 2011

Mata melihat, otak mentafsir, hati menginsafi..

Kebelakangan ini, ku asyik melihat, pelbagai jenayah berlaku dalam kalangan remaja..aku juga mungkin masih dikategorikan sebagai golongan kanak-kanak  remaja...mungkin, atau aku sudah boleh dikatakan sebagai orang dewasa..maklumlah umur hampir menjelang 22 tahun..

maaf, siaran tergendala.aku melalut tak tentu pasal...

kembali ke laptop topik asal..

aku kesal dan sedih sangat dengan sikap segelintir remaja yang semakin rapuh dan robek nilai moralnya..kini semakin ramai yang tiada nilai estetikanya lagi..ingin rasa hati nak jadi penceramah tak bertauliah kepada golongan ini..tetapi kalau setakat ilmu nipis di dada..tak perlu berniat nak jadi penceramah..cukup bermuhasabah diri sendiri dan menasihati orang-orang yang dikenali pun jadilah...

BAYI DIBUANG DARI TINGKAT 8 KONDOMINIUM


BAYI DIKELAR OLEH IBU SENDIRI


MAYAT BAYI DIJUMPAI DI TONG SAMPAH


MAYAT BAYI DALAM BEG

BAYI..

BAYI...

BAYI..

BAYI...


kenapa bayi yang jadi mangsa akibat perbuatan terkutuk diri sendiri???


REMAJA BERDUA-DUAAN DALAM KERETA..


REMAJA KETAGIH SEKS..


REMAJA MENGANDUNG LUAR NIKAH


REMAJA BUANG ANAK DARI TINGKAP


REMAJA GUGURKAN KANDUNGAN


REMAJA MEREMPIT


REMAJA KETAGIH GAM


REMAJA BUNUH DIRI
..
..
..
..

dan kenapa harus pelakunya adalah REMAJA..


semasa menulis entry ini pun..aku rasa nak menangis mengenangkan semua ini..

adakah bumi ini sudah terlalu tua dan tidak mampu menghalang semua ini dari terus berlaku..??
adakah kekurangan kelas Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam di sekolah??
adakah perhatian yang berkurangan daripada ibubapa yang bertungkus lumus mencari nafkah??
atau...
adakah kebusukan dan kebasian hati diri sendiri punca sebenar...?


mengeluh...

diri sendiri pun tidak pasti persoalan dan jawapan yang sebenar..

andai kata titik persoalan sebenar diketahui..

sudah tentu permasalahan dan segala kekotoran ini tidak terus-terusan menampilkan diri di mata masyarakat dan juga di dada-dada akhbar..menyebabkan kepercayaan masyarakat kepada golongan remaja semakin menurun dan mungkin akan menjadi SIFAR tidak lama lagi..

bukankah remaja masa kini..
yang akan memimpin negara masa akan datang??
..
..
..

segala yang berlaku buat aku menginsafi diri sendiri..

berfikir..

sejauh mana sumbangan aku dalam memartabatkan kaum remaja..?

sejauh mana aku mengelak dari melakukan sebarang 'kekotoran' jiwa dan perlakuan..?

sejauh mana aku berfungsi sebagai bakal guru yang masih dalam lingkungan remaja..?

sejauh mana aku mencintai diri aku sendiri sebelum aku mampu mencintai orang lain..?
..
..

aku cuba bermuhasabah diri..

tetapi..
syukur kepada Tuhan..
dengan izinnya..
sehingga kini..
aku tidak mencemar nama ibubapaku..
semoga diriku terus begini sampai bila-bila...
kuatkan imanku ya Tuhan..
agar tidak melakukan sesuatu yang engkau mungkari..
dan tidak membuatkan ibubapaku minitiskan air mata kekecewaan kerana aku..
..
..
..

ku titipkan PESAN buat golongan remaja di luar sana..

sama ada yang pernah melakukan 'KEKOTORAN' mahupun berjaya membendung daripada berlaku 'KEKOTORAN'

1) Sebelum melakukan sesuatu, fikirlah sehingga semasak-masaknya, sehangus-hangusnya..kerana bila sudah menjadi bubur, kita tak boleh jadikan bubur itu nasi semula..

2) Sebelum melakukan sesuatu, tataplah potret keluargamu sepuas-puasnya...harapan, agar keluarlah sebuah 'magic' kasih sayang dari potret tersebut yang mampu menyelamatkanmu daripada melakukan sesuatu yang tidak betul..

3) Sebelum melakukan sesuatu, pergilah ke kawasan perkuburan..bayangkan apa yang kau akan lalui setelah kau menjadi penghuni tetap di situ nanti.

4) Sebelum melakukan sesuatu, peluklah dirimu sendiri sekuat hati sambil menghadap cermin besar..lihatlah refleksi dirimu ketika itu..dan katakan..'AKU SANGAT SAYANG AKAN DIRIKU'..kemudian, lihatlah..sama ada sesuatu yang tidak betul itu masih juga ingin kau lakukan..

setelah melakukan semua seperti yang aku pesan..buatlah keputusan untuk dirimu..

ku juga punya adik..
yang juga remaja sepertiku..
dan aku sangat menyayangi mereka..

ingatan tulus ikhlas dari aku..

insan remaja yang prihatin...

tegurlah aku andai aku remaja yang melakukan kesilapan..


17 Oktober 2011

Aduh Isteriku

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. 

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. 

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. 

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. 

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. 

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!! 

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. 

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis. 

PANGGG!! 

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... 

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! 

Sekian. 

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG....... 

petikan..

kerana aku tahu aku tak sehebat wanita yang kau inginkan..maka, harusnya aku menjauh agar tidak mengharap apa-apa daripadamu..