Pengikut Terbaik!

26 September 2011

Alahan Ubat


Pengenalan

Tindakbalas alahan adalah kesan sampingan ubat ubatan yang tidak diingini dan jarang
berlaku.Pelbagai jenis tindakbalas alahan boleh berlaku. Tindakbalas ini boleh berlaku dalam
pelbagai jenis daripada ruam ringan hinggalah kesan teruk kepada sistem utama badan.
Tindakbalas badan boleh memberi kesan kepada banyak sistem organ, tetapi selalunya kulit
adalah organ yang selalu mengalami alahan. Mengenalpasti tanda dan gejala alahan ubatan adalah satu perkara penting kerana ia boleh mengancam nyawa. Walau bagaimanapun kematian disebabkan oleh alahan ubat amat jarang berlaku.

Alahan ini jarang berlaku ketika kali pertama mengambil ubat. Biasanya alahan akan berlaku
apabila selepas pengambilan kali kedua. Sekiranya anda bertindak balas pada kali pertama,
berkemungkinan anda telah terdedah dengan ubatan jenis tersebut tanpa mengetahuinya.
Tidak semua tidak balas sampingan terhadap ubatan adalah alahan. Malah sebenarnya kurang
daripada 10 peratus kesan sampingan ubat merupakan alahan. Penyebab lain kesan
sampingan merupakan interaksi antara 2 atau lebih jenis ubat, ketidakcernaan ubat
sepenuhnya di dalam badan (hati dan buah pinggang), terlebih dos dan kesan sampingan
seperti loya, muntah atau cirit birit.

Tanda dan Gejala

Alahan ubatan boleh menyebabkan pelbagai jenis gejala berlaku bergantung kepada ubat dan
kekerapan anda mengambilnya. Berikut adalah merupakan tindakbalas yang selalu berlaku:
• Kulit
• Campak – seperti ruam
• Gatal –tompokan merah di atas kulit dengan rupa bentuk yang berbeza menyebabkan
terasa gatal
• Photoallergy – Sensitif terhadap cahaya matahari, kulit menjadi gatal dan kemerahan
apabila terdedah kepada cahaya matahari
• Erythema multiforme – Merah, bengkak dan gatal di tempat tempat tertentu adakala
dikaitkan dengan pembengkakan permukaan lidah
• Demam
• Sakit sendi dan otot
• Bengkak nodus limfa
• Jangkitan pada buah pinggang

2

Tidak seperti kebanyakan tindakbalas alahan , yang berlaku secara pantas selepas terdedah
kepada bahan penyebab alahan, tindakbalas alahan terhadap ubatan akan berlaku sehari atau
seminggu selepas pengambilan dos pertama.
• Anaphylaxis atau tindak balas anaphylactic - Merupakan tindak balas yang serius dan
boleh membawa kematian. Pesakit yang mengalami tindak balas ini perlu dirawat
dengan segera di bahagian kecemasan Hospital.
• Tindak balas kulit- Gatal-gatal , tanda kemerahan , terasa panas dan gatal
• Kesukaran bernafas -Dada tersumbat, teras ketat, mengeluarkan bunyi “wheezing”,
tekak tersekat.
• Pitam – Sakit kepala dan hilang daya imbangan badan secara tetiba akibat
peningkatan tekanan darah
• Degupan jantung tidak sekata
• Bengkak pada muka, lidah, bibir, tekak, sendi, tangan atau kaki
Hampir semua tindak balas Anaphylactic berlaku dalam masa 4 jam selepas dos pertama.
Kebanyakannya berlaku selepas 1 jam mengambil ubat, namun ada juga yang berlaku dalam
masa seminit malah sesaat.

SebabSebab

Tindak balas alahan ini berlaku disebabkan oleh sistem daya tahan bertindak balas secara
berlebihan terhadap ubatan, juga dikenali sebagai penyerang kimia atau antigen. Tindakbalas
berlebihan ini selalu dirujuk sebagai tindak balas hipersensitiviti.
• Badan menghasilkan antibodi terhadap antigen dan menyimpannya di dalam sel khas.
Antibodi dalam tindak balas alahan disebut immunoglobulin E, or IgE.
Apabila badan terdedah kepada ubat yang sama sekali lagi. antibodi akan memberi signal
kepada sel untuk melepaskan bahan kimia “mediator”." Histamine adalah contoh sejenis
mediator
Kesan mediator ini akan menunjukkan gejala-gejala tindakbalas.
• Penyebab utama alahan ubatan adalah seperti berikut:
Painkillers ( analgesics) scodeine, morphine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs
(NSAIDs, seperti ibuprofen atau indomethacin), dan aspirin.
Antibiotics seperti penisilin, sulfa drugs, dan tetracycline
Ubatan Antiseizure seperti phenytoin (Dilantin) atau carbamazepine (Tegretol)

Faktor Risiko

3

Faktor risiko bagi alahan ubat:
Selalu terdedah kepada ubatan
Dos ubatan yang terlalu banyak
Ubatan diberi melalui suntikan berbanding pil
Kebiasaan untuk merangsang alahan dan asma

Rawatan

Rawatan untuk alahan ubat termasuklah memahami perkara yang perlu dilakukan jika anda
mempunyai tindakbalas alahan ini. Elakkan ubatan yang menyebabkan alahan dan
menggunakan ubatan seperti antihistamines untuk gejala yang sederhana.
Sekiranya anda mendapat gejala alahan sebaik sahaja selepas mengambil ubat, berjumpalah
dengan doktor. Anda boleh mengambil antihistamine seperti diphenhydramine(Benadryl dan
sebagainya) untuk menghilangkan kegatalan dan mengurangkan ruam. Sekiranya tindakbalas
menjadi lebih teruk anda memerlukan rawatan seperti suntikan ataupun pengambilan secara
oral bagi corticosteroids. Tindakbalas anaphylaxis memerlukan tindakan segera dengan
suntikan epinephrine dan rawatan di hospital untuk mengekalkan tekanan darah dan
membantu pernafasan.

Pencegahan

Tiada cara yang diketahui untuk mengelakkan alahan ubat. Anda boleh mengurangkan risiko
dengan meminimumkan pengambilan ubat selagi boleh. Semakin banyak badan terdedah
dengan ubatan, semakin mudah untuk mendapat alahan ubatan.
Sentiasa memberitahu anggota kesihatan yang anda temui untuk rawatan mengenai alahan
anda dan jenis tindakbalas yang anda hidapi.
Jangan mengambil ubat yang ada tindak balas kepada anda sebelumnya. Sekiranya anda
sudah terdedah dengan tindak balas kali pertama, risiko untuk mendapat tindakbalas yang
lebih teruk akan lebih meningkat.
Sekiranya perlu, pakailah gelang atau rantai pengenalan kesihatan. Peralatan ini dipakai pada
pergelangan tangan atau leher untuk memberitahu anggota kesihatan mengenai tindak balas
alahan dan risikonya.
Anda boleh membawa kad yang berkaitan informasi kesihatan di dalam dompet. Beritahu
anggota kesihatan yang merawat anda mengenai sebarang kesan sampingan yang pernah
dialami sebelum mereka mendispensi ubat kepada anda.
Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda tentang sebarang ubat, preskripsi atau tanpa
preskripsi yang anda telah ambil.

Akne Remaja


Apa itu akne?

Akne juga dikenali sebagai jerawat.

Bagaimana akne terjadi?

Akne terjadi apabila:
  • Liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar
  • Terdapat peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak (sebaceous gland). Keadaan ini bergantung kepada hormon serta ditentukan oleh gen seseorang
  • Terdapat jangkitan bakteria pada dukta liang roma (disebabkan oleh bakteria Propionebacterium acne)
Adakah akne disebabkan oleh beberapa makanan tertentu?

Ini merupakan satu mitos.Akne tidak disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang atau coklat. Ia juga bukan disebabkan oleh resdung.

Apakah rupa akne?

Terdapat beberapa jenis akne iaitu :
  • Bintik putih atau bintik hitam (comedones)
  • Bonjol merah yang bernanah atau tidak
Bintil (nodul) dan pembentukan cista (berair) yang mungkin mengakibatkan parut p>Bintil (nodul) dan pembentukan cista (berair) yang mungkin mengakibatkan parut

 Apakah yang menyebabkan akne semakin teruk?

Antara perkara yang boleh mengakibatkan akne semakin teruk adalah:
  • Perubahan hormon pada remaja perempuan semasa datang haid
  • Alat solek yang berasaskan minyak
  • Gel rambut
  • Memicit jerawat
  • Tekanan hidup
  • Mengandung
  • Ubat seperti streroid, phenytoin (Dilantin) atau Lithium
Siapa yang boleh mendapat akne?

Akne boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
  • Biasanya ia menjadi bertambah teruk di kalangan remaja, terutama remaja lelaki
  • Kita boleh mendapat akne pada bila-bila masa atau usia walaupun melebihi 50 tahun
  • Jika ibu bapa anda mempunyai masalah akne, berkemungkinan besar anda juga boleh mendapatnya.
Apa yang boleh saya lakukan apabila mendapat akne?

Akne yang ringan boleh dirawat dengan ubat yang boleh dibeli dari farmasi. Pada lazimnya adalah memadai untuk menggunakan ubat seperti:
  • Benzoyl peroxide 2.5%, 5%, 10% krim/gel pada waktu malam atau 2 kali sehari
  • 2% - 6% Sulfur dalam losen calamine
Bilakah saya perlu mendapatkan rawatan?

Jika akne bertambah teruk, anda perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberi pelbagai jenis krim seperti Retinoids, Azelaic Acid atau antibiotik (Clindamycin).
Untuk akne yang sederhana.
  • Seseorang itu perlu makan antibiotik selama 4 hingga 6 bulan
  • Pil perancang keluarga yang tertentu juga berkesan bagi remaja perempuan tetapi bukan untuk remaja lelaki
Bagi akne yang teruk (nodulocystic acne), anda perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk mendapatkan rawatan Isotretinoin (Roaccutane). Preskripsi bagi ubat ini hanya boleh diberi oleh Pakar Perunding Kulit (Dermatologist):
  • Isotretinoin mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti kecacatan kelahiran. Remaja perempuan tidak boleh mengandung semasa mengambil Isotretinoin dan sehingga sekurang-kurangnya sebulan selepas berhenti mengambil ubat tersebut
  • Mereka juga perlu dipantau untuk kesan-kesan sampingan Isoteretinoin yang lain
Adakah akne boleh meninggalkan parut?

Akne yang ringan sembuh dengan meninggalkan kesan gelap (pigment) yang akan hilang. Pada lazimnya ia tidak akan meninggalkan parut kecuali akne tersebut dicungkil atau dipicit.Akne yang teruk dan nodulocystic akan meninggalkan parut yang cetek di bahagian permukaan dan/atau parut yang dalam di kulit.Terdapat golongan yang cenderung terhadap pembentukan keloid (parut tebal).

Bolehkan parut akne dirawat?

Selepas beberapa bulan, biasanya parut akan hilang sedikit demi sedikit.
Beberapa kaedah boleh digunakan untuk merawat parut seperti:
  • Bagi parut yang cetek, bahan kimia seperti glycolic atau asid trikloroasetik digunakan untuk menggelupaskan permukaan kulit
  • Teknik laser resurfacing
  • Bagi parut yang besar, boleh menggunakan suntikan collagen atau implan matrik gelatin
  • Pembedahan pembetulan (Surgical repair)
  • Penggunaan kosmetik bagi menutup parut
Bolehkah saya mencegah akne?

Ya, boleh. Anda boleh menghindari atau mengawal akne melalui:
  • Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang lembut
  • Mengelak daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. Pilih kosmetik yang non-comedogenis
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit anda. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Lebihkan minum air kosong
  • Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit
  • Mengurangkan tekanan dan mengamalkan teknik relaksasi


22 September 2011

Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi_Yusri KRU

Jika ku tak bangun esok pagi,
Sayangku kau jagalah diri,
Sentiasa ingatkan hati,
Dirimu amatku cintai

Andainya diimpit kesusahan,
Sujud dan mohon pada Tuhan,
Agar diberikan bimbingan,
Meniti hidup bersendirian

c/o
Bila terasa sejuk,
Pejamkan mata,
Bayangkan dalam dakapanku,

Bila terasa rindu,
Pejamkan mata,
Kita bersua dalam lena.

Kalau ada yang sudi mengganti,
Sayang lepaskanlah ku pergi ,
Kerna sayang seistimewamu,
Berhak untuk dicinta dalam hidup.


Lepas c/o
Ku berharap kau tak akan lupa,
Mengirimkan bekalan doa,
Kita jumpa lagi disana nanti,
Jika ku tak bangun..
Esok pagi…