Pengikut Terbaik!

16 Jun 2011

Aku vs Budak Sekolah

Once upon a time......

Aku melangkah masuk ke tahun 2 dengan muka yang sengaja dibuat-buat garang walaupun sebenarnya aku tidaklah segarang mana...huhu! saja nak buat budak-budak gerun dengan aku..bukan apa..budak tahun 2 ni overactive sikit..bising! banyak bermain.!buku tinggal kat rumah..! macam-macam lagilah! sebelum masuk kelas ini..aku kena buat persedian yang cukup! terutama dari aspek suara..huhuhu!kena buat latihan vokal terlebih dahulu supaya pitching tak lari..hahha...

seperti biasa..budak-budak kompom la bising...aku dengan lantangnya berteriak...

"heiii! kamu ni!! cikgu kat depan pun kamu masih nak bermain kat belakang tu??? kamu nak kalau cikgu suruh kamu berdiri atas meja ke??? nak kalau cikgu suruh kamu duduk di dataran perhimpunan berjemur di tengah panas??"

budak-budak diam seketika dengan mata terkebil-kebil memandang ke arahku..aku membebel lagi..bla..bla..bla...

Tiba-tiba.......

seorang budak pompuan datang ke depan dengan muka innocentnya....menuju ke arah mejaku...tiba-tiba dia melekatkan satu sticker gambar cinderella di depan buku lesson plan aku....

alamak!!! spoiled mood la budak ni!!! aku cuba sedaya upaya menahan ketawaku...ni mesti nak pujuk aku la ni.....huhuhuhu....dia kemudian kembali ke tempat duduknya...

mereka pun senyap la sehingga tamat sesi aku...takut dimarahi lagi,..

namun...itu semua tidaklah bertahan sehingga ke hari-hari seterusnya..

huhuuhuh..budak-budak.....:)

ingatkan budak darjah 2 je buat perangai macam tu..



kemudian..aku masuk pula ke tahun 6..
kelas yg paling suka menyakat aku...

Aku: ok kelas...
Budak2: ok apa?
Aku: hari ni...
Budak2: Hari apa?
Aku: kita nak buat latihan..
Budak2: latihan apa?
Aku: Karangan pendek..
Budak2: karangan pendek apa?
Aku: Tentang cita-cita kamu..
Budak2: Cita-cita apa....
Aku: haisshhhh!!!kamu ni!
Budak2:Kamu apa??

kemudian aku senyap...cuba menahan gelak..kuang asam betul la bdk2 ni..aku blum abis bercakap..dh dipotong2 percakapan aku...

mereka tergelak bila lihat aku senyap...

tiba-tiba ...aku.....

"okay kelas hari ini cikgu nak kamu buat sebuah karangan pendek tentang apa cita-cita kamu mengapa kamu pilih cita-cita tersebut dan apa usaha kamu untuk mencapai cita-cita kamu hantar hari ni juga!"

Aku memberikan arahan terus tanpa ada koma dan noktah!hahahaahha! supaya tiada yg sempat memintas kata-kata aku!








Sudah lama

sudah lama saya tidak menerjah dalam ruangan blog saya ini..maklumlah dah balik kampung...no wireless...no broadband..huhu....cuti semester yang terlalu lama membuatkan saya blur atau kabur-kabur..macam mana nak jadikan cuti kali ini bermakna dan tidak terbuang begitu sahaja..namun setakat ini..tugas saya adalah pendidik..syukur kepada Tuhan kerana memberikan saya peluang untuk menjadi guru ganti buat kali yang ketiga..bersama guru-guru,budak-budak dan rakan2 staf yang lain sedikit sebanyak menceriakan hari-hari saya di sekolah..:)

01 Mei 2011

First and ever after.. :)

Bagaimana kamu bertemu dengan si dia yang kamu ada sekarang...?? Bagaimana perhubungan kamu? Lancar? Bagaimana penerimaan ibubapa kamu? direstui?? hehehe...sekadar bertanya...

apa??? saya??

Mmm...saya belum berpunya...dan buat masa ini saya tidak mencari lagi..biar masa menentukan...

apa??kapel??

Mmm...saya x pernah kapel lagi...dan saya tidak memiliki atau dimiliki oleh sesiapa...

apa?? tak percaya??

saya x perlu nak dapatkan kepercayaan kamu..kerana saya tahu siapa diri saya...saya tahu dan saya ingat apa yang pernah dan tak pernah dan tak akan saya lakukan..

apa??maksud kamu.. kenapa?

hmm...saya nak suatu hari nanti..bila giliran saya yang memiliki kebahagiaan itu...saya ingin menggenggamnya...dan tidak akan melepaskannya...cinta itu bukan boleh dijual beli dan ditukar ganti...rasa cinta yang hadir dalam hati saya bukan untuk dikongsi dengan semua lelaki yang ada...saya cuma ingin menyulaminya dengan seorang saja..seorang yang menghargai saya dari setiap sudut...cinta itu bukan suatu permainan..mempergunakannya sebagai keseronokan dan kemegahan...tetapi ..cinta itu satu percaturan...cuba bertahan sampai ke degupan jantung yang terakhir..

sekarang kamu dah mengerti??