Pengikut Terbaik!

13 September 2011

JANGAN PERGI

Saat kau melihat aku,
Ku lihat ada cinta disitu,
Lalu ku membenarkan,
Cintamu bertamu dihatiku.

Kita kemudiannya..
Bersama-sama menyulam cinta,
Ungkapmu,
Senyumanku adalah perkara yang terindah dalam hidupmu,
Ungkapmu,
Tangisanku adalah mimpi ngeri dalam hidupmu,
Dan kau berjanji,
Bahawa kau,
 Tak akan membiarkan mimpi ngeri itu berlaku,

Namun kini,
Kau kata yang kau harus pergi,
Kau mohon agar aku tidak menangis lagi,
Maafkan aku kerana itu sangat sukar bagiku,
Bolehkah aku meminta agar kau..
Jangan pergi..

Tiada ulasan: