Pengenalan
Tindakbalas
alahan adalah kesan sampingan ubat ubatan yang tidak diingini dan jarang
berlaku.Pelbagai
jenis tindakbalas alahan boleh berlaku. Tindakbalas ini boleh berlaku dalam
pelbagai
jenis daripada ruam ringan hinggalah kesan teruk kepada sistem utama badan.
Tindakbalas
badan boleh memberi kesan kepada banyak sistem organ, tetapi selalunya kulit
adalah
organ yang selalu mengalami alahan. Mengenalpasti
tanda dan gejala alahan ubatan adalah satu perkara penting kerana ia boleh mengancam
nyawa. Walau bagaimanapun kematian disebabkan oleh alahan ubat amat jarang berlaku.
Alahan
ini jarang berlaku ketika kali pertama mengambil ubat. Biasanya alahan akan
berlaku
apabila
selepas pengambilan kali kedua. Sekiranya anda bertindak balas pada kali
pertama,
berkemungkinan
anda telah terdedah dengan ubatan jenis tersebut tanpa mengetahuinya.
Tidak
semua tidak balas sampingan terhadap ubatan adalah alahan. Malah sebenarnya
kurang
daripada
10 peratus kesan sampingan ubat merupakan alahan. Penyebab lain kesan
sampingan
merupakan interaksi antara 2 atau lebih jenis ubat, ketidakcernaan ubat
sepenuhnya
di dalam badan (hati dan buah pinggang), terlebih dos dan kesan sampingan
seperti
loya, muntah atau cirit birit.
Tanda dan Gejala
Alahan
ubatan boleh menyebabkan pelbagai jenis gejala berlaku bergantung kepada ubat
dan
kekerapan
anda mengambilnya. Berikut adalah merupakan tindakbalas yang selalu berlaku:
• Kulit
• Campak – seperti ruam
• Gatal –tompokan merah di
atas kulit dengan rupa bentuk yang berbeza menyebabkan
terasa
gatal
• Photoallergy – Sensitif
terhadap cahaya matahari, kulit menjadi gatal dan kemerahan
apabila
terdedah kepada cahaya matahari
• Erythema multiforme – Merah,
bengkak dan gatal di tempat tempat tertentu adakala
dikaitkan
dengan pembengkakan permukaan lidah
• Demam
• Sakit sendi dan otot
• Bengkak nodus limfa
• Jangkitan pada buah pinggang
2
Tidak
seperti kebanyakan tindakbalas alahan , yang berlaku secara pantas selepas
terdedah
kepada
bahan penyebab alahan, tindakbalas alahan terhadap ubatan akan berlaku sehari
atau
seminggu
selepas pengambilan dos pertama.
• Anaphylaxis atau tindak
balas anaphylactic - Merupakan tindak balas yang serius dan
boleh
membawa kematian. Pesakit yang mengalami tindak balas ini perlu dirawat
dengan
segera di bahagian kecemasan Hospital.
• Tindak balas kulit-
Gatal-gatal , tanda kemerahan , terasa panas dan gatal
• Kesukaran bernafas -Dada
tersumbat, teras ketat, mengeluarkan bunyi “wheezing”,
tekak
tersekat.
• Pitam – Sakit kepala dan
hilang daya imbangan badan secara tetiba akibat
peningkatan
tekanan darah
• Degupan jantung tidak sekata
• Bengkak pada muka, lidah,
bibir, tekak, sendi, tangan atau kaki
Hampir
semua tindak balas Anaphylactic berlaku dalam masa 4 jam selepas dos pertama.
Kebanyakannya
berlaku selepas 1 jam mengambil ubat, namun ada juga yang berlaku dalam
masa
seminit malah sesaat.
SebabSebab
Tindak
balas alahan ini berlaku disebabkan oleh sistem daya tahan bertindak balas
secara
berlebihan
terhadap ubatan, juga dikenali sebagai penyerang kimia atau antigen.
Tindakbalas
berlebihan
ini selalu dirujuk sebagai tindak balas hipersensitiviti.
• Badan menghasilkan antibodi
terhadap antigen dan menyimpannya di dalam sel khas.
Antibodi
dalam tindak balas alahan disebut immunoglobulin E, or IgE.
Apabila
badan terdedah kepada ubat yang sama sekali lagi. antibodi akan memberi signal
kepada
sel untuk melepaskan bahan kimia “mediator”." Histamine adalah contoh
sejenis
mediator
Kesan
mediator ini akan menunjukkan gejala-gejala tindakbalas.
• Penyebab utama alahan ubatan
adalah seperti berikut:
Painkillers
( analgesics) scodeine, morphine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs
(NSAIDs,
seperti ibuprofen atau indomethacin), dan aspirin.
Antibiotics
seperti penisilin, sulfa drugs, dan tetracycline
Ubatan
Antiseizure seperti phenytoin (Dilantin) atau carbamazepine (Tegretol)
Faktor
Risiko
3
Faktor
risiko bagi alahan ubat:
Selalu
terdedah kepada ubatan
Dos
ubatan yang terlalu banyak
Ubatan
diberi melalui suntikan berbanding pil
Kebiasaan
untuk merangsang alahan dan asma
Rawatan
Rawatan
untuk alahan ubat termasuklah memahami perkara yang perlu dilakukan jika anda
mempunyai
tindakbalas alahan ini. Elakkan ubatan yang menyebabkan alahan dan
menggunakan
ubatan seperti antihistamines untuk gejala yang sederhana.
Sekiranya
anda mendapat gejala alahan sebaik sahaja selepas mengambil ubat, berjumpalah
dengan
doktor. Anda boleh mengambil antihistamine seperti diphenhydramine(Benadryl dan
sebagainya)
untuk menghilangkan kegatalan dan mengurangkan ruam. Sekiranya tindakbalas
menjadi
lebih teruk anda memerlukan rawatan seperti suntikan ataupun pengambilan secara
oral
bagi corticosteroids. Tindakbalas anaphylaxis memerlukan tindakan segera dengan
suntikan
epinephrine dan rawatan di hospital untuk mengekalkan tekanan darah dan
membantu
pernafasan.
Pencegahan
Tiada
cara yang diketahui untuk mengelakkan alahan ubat. Anda boleh mengurangkan
risiko
dengan
meminimumkan pengambilan ubat selagi boleh. Semakin banyak badan terdedah
dengan
ubatan, semakin mudah untuk mendapat alahan ubatan.
Sentiasa
memberitahu anggota kesihatan yang anda temui untuk rawatan mengenai alahan
anda
dan jenis tindakbalas yang anda hidapi.
Jangan
mengambil ubat yang ada tindak balas kepada anda sebelumnya. Sekiranya anda
sudah
terdedah dengan tindak balas kali pertama, risiko untuk mendapat tindakbalas
yang
lebih
teruk akan lebih meningkat.
Sekiranya
perlu, pakailah gelang atau rantai pengenalan kesihatan. Peralatan ini dipakai
pada
pergelangan
tangan atau leher untuk memberitahu anggota kesihatan mengenai tindak balas
alahan
dan risikonya.
Anda
boleh membawa kad yang berkaitan informasi kesihatan di dalam dompet. Beritahu
anggota
kesihatan yang merawat anda mengenai sebarang kesan sampingan yang pernah
dialami
sebelum mereka mendispensi ubat kepada anda.
Beritahu
anggota kesihatan yang merawat anda tentang sebarang ubat, preskripsi atau
tanpa
preskripsi
yang anda telah ambil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan