Pengikut Terbaik!

03 Mac 2012

aku tak punya segala-galanya..

aku tak cantik, tapi aku masih punya mata,telinga,hidung,mulut,kaki,dan tangan yang cukup.

aku tak pandai menjahit pakaian, tapi aku masih boleh menjahit butang bajumu yang tertanggal.

aku tak pandai memujuk, tapi aku tidak akan membiarkan orang lain mencacimu.

aku tak pandai menyanyi, tapi aku masih boleh mendodoikanmu tidur.

aku tak pandai berbahasa Inggeris sepertimu, cukuplah aku bermadah dalam bahasa hatiku.

aku tak pandai meminta itu dan ini, tapi ku mohon berikan aku peluang bersamamu hingga ke hari tua..

aku tak punya segalanya, tapi aku punya sekeping hati yang tulus mencintaimu..


*coretan suka-suki sebab kebosanan di rumah*

01 Mac 2012

Oh!

Wahai kisah lama..

kenapa kau masih belum pergi dariku..

kerana bila kau terus mendampingiku,

bagai sebati dengan setiap hembusan nafasku,

aku tidak mampu untuk membuka lembaran baru,

dan memberi peluang untuk cinta yang terbentang di depanku..

12 Januari 2012

Hari Terakhir Semester 3

wah! sedar tak sedar..semester 3 sudah sampai ke penghujungnya..semester depan aku sudah berada dalam semester 4. masa semakin pantas berlalu..usia semakin meningkat..tempoh hayat semakin berkurang..

esok pagi..13 januari 2012,kapal terbang 7.45 pagi.ke Labuan. Kemudian aku akan menaiki bot express dari Labuan..ke Limbang.Pulang ke kampung halaman yang tercinta.

maaf,sebab jarang nak update entry..semester ini aku terlalu sibuk..ditambah lagi dengan final exam dengan subjek-subjek yang tahap kesukarannya semakin meningkat..doakan aku dapat pointer yang membanggakan.huhu...

maaf juga, sepanjang sebulan cuti semester ini nanti..mungkin susah nak update entry...memandangkan aku tinggal di kampung yang sangat damai..dan aku jarang online..

tak sabar tunggu detik Tahun Baru Cina kali ini..sebab tahun lepas..aku tak dapat meraikannya bersama-sama kerana tak balik kampung kerana cuti yang singkat..rasa tidak berbaloi untuk balik ketika itu.Oleh itu,cuti semester kali ini akan aku manfaatkan sebaik-baiknya..

doakan aku selamat pulang ke kampung halaman dan selamat kembali ke UPSI tercinta untuk semester depan..

salam..

akan merindui kalian..

=)