Pengikut Terbaik!

12 Januari 2012

Hari Terakhir Semester 3

wah! sedar tak sedar..semester 3 sudah sampai ke penghujungnya..semester depan aku sudah berada dalam semester 4. masa semakin pantas berlalu..usia semakin meningkat..tempoh hayat semakin berkurang..

esok pagi..13 januari 2012,kapal terbang 7.45 pagi.ke Labuan. Kemudian aku akan menaiki bot express dari Labuan..ke Limbang.Pulang ke kampung halaman yang tercinta.

maaf,sebab jarang nak update entry..semester ini aku terlalu sibuk..ditambah lagi dengan final exam dengan subjek-subjek yang tahap kesukarannya semakin meningkat..doakan aku dapat pointer yang membanggakan.huhu...

maaf juga, sepanjang sebulan cuti semester ini nanti..mungkin susah nak update entry...memandangkan aku tinggal di kampung yang sangat damai..dan aku jarang online..

tak sabar tunggu detik Tahun Baru Cina kali ini..sebab tahun lepas..aku tak dapat meraikannya bersama-sama kerana tak balik kampung kerana cuti yang singkat..rasa tidak berbaloi untuk balik ketika itu.Oleh itu,cuti semester kali ini akan aku manfaatkan sebaik-baiknya..

doakan aku selamat pulang ke kampung halaman dan selamat kembali ke UPSI tercinta untuk semester depan..

salam..

akan merindui kalian..

=)

3 ulasan:

Eza Boom Boom :) berkata...

selamat bercuti. enjoy your precious moment with your famiy :)

Eza Boom Boom :) berkata...

saya tagged awak :)
http://cheksunnyboomboom.blogspot.com/2012/01/peraduan-blog-tercantik.html

Blogberry Emry berkata...

hi misspurple