Semalam,
aku mimpi sesuatu yang sangat pelik,
mimpi yang agak mustahil untuk aku lakukan,
walaupun orang kata, mimpi itu mainan tidur..
namun mimpi yang ini, mimpi yang menjadi tanya tanya selepas tidur..
andai aku mampu mentafsir maksudnya..
kalau yang dimimpikan itu benar-benar terjadi,
ku terima dengan seluas-luasnya hati yang ikhlas..
tetapi mesti banyak dugaan yang aku tempuhi untuk ke arah itu..
mungkin mimpi itu..
terhasil oleh kehendak jiwa,
namun terbantut disebabkan realiti kehidupanku sekarang..
semoga persoalan ini terjawab suatu hari nanti..
dengan kebahagian dalam kehidupan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan