Yang mana datang dulu? Ayam atau telur? Ini merupakan teka-teki lama dan sehingga kini belum ada jawapannya. Kita tahu bahawa telur dihasilkan oleh ayam..maksudnya, tiada ayam tiadalah telur..
Tapi..tunggu!!!! ayam menetas dari telur!! Tiada telur tiadalah ayam…..! Jadi…??? Yang mana sebenarnya datang dulu??
Telur adalah benda yang sangat menarik tetapi kita sering ambil mudah mengenainya. Bagi kita, telur hanyalah sesuatu yang kita rebus ataupun kita goreng..tetapi benda itu..sesuatu yang sering kita pecahkan ke dalam kuali, adalah sesuatu yang sangat menakjubkan di dunia, yang mengandungi petunjuk kepada keseluruhan misteri dalam kehidupan. Manusia zaman purba yang mempunyai hubungan yang rapat dengan alam, melihat telur sebagai simbol kehidupan baru.
Sel Yang Menakjubkan!
Perbezaan antara benda hidup dan benda bukan hidup adalah sel. Semua benda hidup adalah terdiri daripada sel, yang mana akan membesar secara berterusan dan akan berganti kepada yang baru. Telur merupakan sel yang mudah sahaja. Apabila kita berfikir tentang sel, kita akan berfikir dalam beberapa minit dan berandaian bahawa sel cuma dapat dilihat melalui mikroskop.
Ada dua jenis telur ayam. Satu adalah telur yang dihasilkan untuk dijual kepada orang sekeliling yang mana tidak disenyawakan dan tidak akan menjadi anak ayam. Satu lagi adalah telur yang dihasilkan dan akan menetas sebagai anak ayam. Ini akan disenyawakan oleh ayam jantan muda.
Tetapi..persoalan tetap tidak terjawab. Yang mana datang dulu? Ayam atau telur?
Jawapan: Neither! Bukan ayam, bukan juga telur!
Semua haiwan di bumi berevolusi secara semulajadi. Proses ini mengambil masa ratusan jutaan tahun. Ayam yang kita lihat pada zaman ini berasal daripada spesies prasejarah yang tidak lagi wujud seperti dahulu..
Apapun jawapannya..ayam atau telur..semua ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa..Dia Maha Mengetahui kerana dia yang menciptakan segalanya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan